Parlimen: Usul bincang isu denda FIFA terhadap FAM ditolak

October 10, 2025 · Isu semasa

Dewan Rakyat menolak usul bagi membahaskan isu denda besar yang dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan, dengan alasan perkara itu telah dijawab oleh kementerian.

Usul tergempar itu, yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin pada 7 Oktober, ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, menerusi surat bertarikh 9 Oktober.

Dalam suratnya, Johari memaklumkan bahawa penolakan itu dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 18(7)(b) kerana isu tersebut telah dijawab oleh Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, semasa sesi soal jawab menteri sehari sebelumnya.

Dalam usul tersebut, hukuman tersebutmembangkitkan isu serius mengenai ketelusan tadbir urus sukan dan proses naturalisasi atlet.

Zhemin menggesa satu siasatan menyeluruh, termasuk kemungkinan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

“Perkara ini menimbulkan persoalan serius mengenai ketelusan tadbir urus sukan negara, proses naturalisasi atlet, dan tahap pengawasan ke atas dokumen rasmi negara,” katanya dalam usul.

Beliau turut mendesak audit komprehensif ke atas semua kes naturalisasi atlet dan penambahbaikan prosedur pengesahan dokumen bagi mengelakkan insiden serupa berulang.

Sebelum ini, FIFA mengenakan denda 350,000 franc Switzerland (RM1.9 juta) ke atas FAM dan denda 2,000 franc Switzerland (RM10,500) ke atas setiap tujuh pemain berkenaan, selaku menggantung mereka selama setahun kerana didapati melanggar Artikel 22 Kod Disiplin FIFA berhubung pemalsuan dokumen.

Tujuh pemain terlibat ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui, dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

 

Berita berkaitan
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
19 jam lalu· Politik
Hadi: Semua kerusi PAS wajib dipertahan pada PRU depan
23 jam lalu· Politik
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
August 23, 2026· Isu semasa
Sudah lah tak hadir sidang khas Parlimen, Hadi persoal RCI TH dedah sekarang
August 22, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
13 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
17 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
17 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
18 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok