Suspek isu azan di Ampang disenarai hitam keluar negara

April 26, 2026 · Isu semasa

Polis telah memasukkan nama seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kontroversi petisyen berkaitan azan di Ampang ke dalam senarai pekeliling khas, sekali gus menghalangnya daripada meninggalkan negara.

Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata tindakan itu diambil susulan laporan diterima daripada penduduk serta jawatankuasa surau yang terkesan dengan isu berkenaan.

“Suspek masih belum ditahan, tetapi namanya sudah dimasukkan dalam pekeliling khas. Ini akan menyukarkan dia keluar negara kerana maklumatnya telah disebarkan di pintu masuk termasuk lapangan terbang,” katanya kepada media.

Menurut beliau, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan tangkapan akan dibuat sebaik sahaja individu itu ditemui.

Polis juga telah merakam keterangan beberapa pihak termasuk wakil komuniti setempat bagi membantu siasatan.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Kita masih meneliti motif sebenar. Siasatan dijalankan secara telus dan adil,” tambahnya.

Isu ini tercetus apabila sebuah jawatankuasa surau di Ampang membuat laporan polis selepas wujudnya petisyen yang membantah beberapa aktiviti keagamaan, termasuk laungan azan dan solat berjemaah.

Petisyen itu didakwa dikemukakan oleh seorang penghuni kawasan perumahan berkenaan.

Kontroversi tersebut mencetuskan ketegangan dalam komuniti apabila terdapat dakwaan bahawa azan dianggap mengganggu, selain cadangan untuk mengehadkan penggunaan ruang surau.

Perkara itu menimbulkan reaksi tidak senang dalam kalangan penduduk setempat yang melihatnya sebagai isu sensitif melibatkan amalan agama.

Dalam perkembangan sama, Shazeli menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak secara melulu atau mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Orang ramai perlu mengawal emosi dan elakkan sebarang tindakan yang boleh melanggar undang-undang, khususnya melibatkan isu sensitif seperti agama,” katanya.

Polis turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai lokasi suspek agar segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan.

Berita berkaitan
Nie Ching tegur bahasa digunakan ketua pengarah JKOM baharu
June 15, 2026· Politik
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
June 11, 2026· Isu semasa
Bos J-Kom ambil pendekatan lebih agresif, cabar pengkritik berdebat
June 11, 2026· Politik
Polis gagalkan cubaan seludup dadah RM57 juta di Muar
June 6, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RTM ambil langkah sekat akses VPN ke RTMKLIK
1 jam lalu · Isu semasa
Anwar berlepas ke Rusia sertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN
2 jam lalu · Isu semasa
Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Pelatih silat mengaku tidak bersalah hina institusi Agong
8 jam lalu · Isu semasa
Bekas pegawai NGO berdepan kes rasuah RM98 juta, 2 jam baca 158 pertuduhan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok