PAS akan ambil jawatan Ketua Pembangkang, ganti Hamzah: Samsuri

March 14, 2026 · Politik

Perikatan Nasional (PN) mengesahkan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen akan disandang oleh seorang ahli parlimen daripada PAS, sekali gus menandakan pengaruh parti itu semakin dominan dalam gabungan berkenaan.

Pengerusinya Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN dan akan diumumkan pada hujung bulan Mac ini.

“Mesyuarat memutuskan jawatan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia akan dipegang oleh seorang ahli parlimen dari PAS, namun namanya akan diumumkan sebelum akhir Mac ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sidang media itu turut dihadiri Presiden Gerakan Dominic Lau, Presiden Parti Rakyat India Malaysia P Punithan serta Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri menjelaskan PN akan mengadakan sesi libat urus dalam kalangan pimpinan parti komponen bagi mencapai persetujuan bersama mengenai calon yang bakal dilantik.

Buat masa ini, jawatan Ketua Pembangkang masih disandang Hamzah Zainudin, bekas Timbalan Presiden Bersatu.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Samsuri turut mengumumkan beberapa perubahan dalam barisan kepimpinan utama PN.

Takiyuddin dilantik sebagai Setiausaha Agung baharu gabungan itu, manakala Annuar Musa yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat diberi tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor pula dilantik sebagai Bendahari Agung PN.

Sebelum ini beliau memegang jawatan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, yang kini diambil alih oleh Naib Presiden Bersatu, Radzi Jidin.

Satu lagi perkara yang menarik perhatian ialah ketiadaan nama Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam barisan kepimpinan utama yang diumumkan.

Dalam struktur sebelum ini, beliau memegang jawatan Timbalan Pengerusi PN.

Tempat tersebut kini diisi oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sejak pilihan raya umum lalu, PAS muncul sebagai parti yang mempunyai jumlah kerusi Parlimen terbesar dalam PN.

Kedudukan itu menjadikan parti berkenaan semakin berpengaruh dalam menentukan hala tuju gabungan pembangkang di Parlimen, termasuk dalam pembentukan barisan kepimpinan utamanya.

Berita berkaitan
Anwar tegur Hadi jangan permainkan agama, sedia dedah kandungan CSA
November 5, 2026· Politik
Pemimpin PKR kecam Hadi kaitkan CSA dengan pendekatan Dajal
November 5, 2026· Politik
CSA: PH Melaka bidas Hadi, gesa hentikan politik melabel cetus perpecahan
November 5, 2026· Politik
Zaliha cabar PAS bahas kandungan CSA, bukan main sentimen agama
November 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong
November 6, 2026 · Politik
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
November 6, 2026 · Politik
Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka
November 6, 2026 · Politik
Tahanan rumah Najib ditangguh, AGC teliti isu undang-undang
1 jam lalu · Politik
Muhyiddin gesa jelaskan peraturan tahanan rumah Najib
1 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok