Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberi bayangan beberapa pengumuman penting berkaitan perkembangan politik semasa akan dibuat ketika merasmikan Konvensyen Reset Malaysia di Tanah Merah, Kelantan, esok.
Abdul Hadi turut mengesahkan mengadakan pertemuan dengan gerakan Reset yang diketuai oleh Hamzah Zainudin di Rusila, Terengganu, semalam bagi membincangkan perkembangan terkini landskap politik negara.
Menurut beliau, PAS juga akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada Rabu ini di Kuala Lumpur yang dijangka menjadi medan untuk parti itu membuat beberapa keputusan penting mengenai hala tuju politiknya.
“Esok ada majlis di Tanah Merah, insya-Allah saya akan umumkan beberapa perkara. Rabu ada mesyuarat PAS Pusat di Kuala Lumpur, akan ada keputusan kita buat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, hari ini.
Kenyataan itu hadir ketika spekulasi mengenai masa depan kerjasama politik antara PAS dan Bersatu semakin hangat diperkatakan.
Sebelum ini, Jawatankuasa Kerja PAS dilaporkan bersetuju menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu selepas meneliti kedudukan serta hala tuju hubungan antara kedua-dua parti berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa.
Mengulas kemungkinan gerakan Reset diserap ke dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) susulan keputusan PAS menamatkan kerjasama dengan Bersatu, Abdul Hadi berkata perkara itu masih dalam proses penilaian.
Katanya, usaha tersebut perlu mengambil kira matlamat untuk menghimpunkan seramai mungkin orang Melayu Islam serta masyarakat bukan Islam yang tidak bersikap ekstrem bagi memperkukuh sokongan terhadap gabungan berkenaan.
“Ia sedang dinilai kerana kita mahu melibatkan seramai mungkin orang Melayu Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem,” katanya.
PRN NS: Anwar harap pengundi kekalkan Aminuddin berdasarkan rekod
PRN N9: PH ikrar teruskan dasar beri manfaat kepada rakyat
Malaysia kekal tegas, tidak tunduk desakan Ahli Kongres AS: Loke
PMX: Kerajaan PH Negeri Sembilan berjaya kembalikan hasil pembangunan kepada rakyat
DUN Jeram Padang: Kebajikan rakyat jadi keutamaan Manivanan
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil