Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin

June 12, 2026 · Politik

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun mengingatkan semua jentera dan ahli parti supaya tidak mengkhianati parti sekiranya tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang akan datang.

Beliau berkata, setiap anggota parti perlu menerima keputusan pucuk pimpinan dengan hati terbuka dan terus bekerja keras bagi memastikan kemenangan PH, tanpa mengira siapa yang dipilih untuk bertanding.

Menurutnya, perjuangan parti perlu diutamakan berbanding kepentingan peribadi, terutama ketika gabungan itu sedang berdepan cabaran politik di negeri berkenaan.

“Ini perjuangan hidup dan mati kita. Jika nama kita tidak dipilih sebagai calon oleh parti, adakah kita akan terus bekerja untuk menang?

“Saya tidak mahu mendengar ada mana-mana pihak di Dewan Undangan Negeri yang tidak menyokong calon diumumkan oleh pimpinan parti,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PH Negeri Sembilan malam tadi.

Hadir sama Perdana Menteri merangkap Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Timbalan Pengerusi PH Mohamad Sabu dan Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail.

Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan sementara berkata, sebarang bentuk sabotaj atau pengkhianatan hanya akan merugikan parti dan menjejaskan usaha mempertahankan pentadbiran negeri.

Beliau turut mengimbas situasi politik yang berlaku sebelum ini apabila kerajaan negeri yang diterajui PH berdepan tekanan walaupun menurutnya pentadbiran negeri berada dalam keadaan baik serta berjaya memacu pembangunan ekonomi dan sosial.

“Ketika kita dalam keadaan baik, memacu ekonomi, pembangunan dan kebaikan sosial untuk rakyat, kita dikhianati,” katanya.

Menurut beliau, krisis politik yang sedang melanda Negeri Sembilan juga perlu dilihat sebagai satu ujian yang mampu mengukuhkan lagi kerjasama dalam gabungan PH.

“Saya yakin inilah masanya untuk rakyat memberikan semula sokongan kepada PH supaya kita dapat terus mentadbir Negeri Sembilan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Aminuddin mengakui beliau terkejut dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan tarikh PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan, iaitu lebih tiga minggu selepas PRN Johor.

Bagaimanapun, beliau berharap tempoh kempen yang lebih panjang dapat membantu meningkatkan kesedaran pengundi dan seterusnya melonjakkan peratusan keluar mengundi.

“Saya berharap peratusan keluar mengundi kali ini boleh mencapai sehingga 80 peratus,” katanya.

PRN Negeri Sembilan diadakan susulan krisis politik yang tercetus selepas beberapa wakil rakyat kerajaan mengumumkan menarik sokongan kepada Aminuddin, sekali gus menimbulkan ketidaktentuan terhadap kedudukan pentadbiran negeri.

Berita berkaitan
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
3 jam lalu· Isu semasa
PRN NS: Anwar harap pengundi kekalkan Aminuddin berdasarkan rekod
4 jam lalu· Politik
PRN N9: PH ikrar teruskan dasar beri manfaat kepada rakyat
8 jam lalu· Politik
PMX: Kerajaan PH Negeri Sembilan berjaya kembalikan hasil pembangunan kepada rakyat
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Malaysia kekal tegas, tidak tunduk desakan Ahli Kongres AS: Loke
10 jam lalu · Politik
DUN Jeram Padang: Kebajikan rakyat jadi keutamaan Manivanan
13 jam lalu · Politik
Kerjasama BN-PAS dilihat lebih untungkan UMNO: Penganalisis
15 jam lalu · Politik
PRN NS: Anwar titip pantun, seru kekal bersahabat walau bertanding
16 jam lalu · Politik
Aminuddin serah kepada rakyat nilai sikap BN
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok