Ketua Dewan Ulama PAS, Ahmad Yahaya.
PAS kekal dengan pendirian untuk tidak menamakan calon Perdana Menteri (PM) daripada parti itu buat masa ini, meskipun yakin pemimpin mereka akan menggalas tanggungjawab besar itu tidak lama lagi.
Ketua Dewan Ulama PAS, Ahmad Yahaya berkata kaedah PAS tetap sama seperti sebelumnya iaitu berusaha untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) terlebih dahulu, malah mereka juga tidak pernah mengusulkan nama calon Menteri Besar sebelum sesuatu pilihan raya dimenangi.
“Pandangan saya ialah sampai masa PAS akan menjadi Perdana Menteri. Sebagaimana contoh di negeri-negeri, PAS tidak pernah ada usul untuk siapa jadi Menteri Besar.
“Tapi bila sampai masa, mewakili PAS ada orang yang angkat sumpah sebagai Menteri Besar.
“Jadi, untuk Malaysia pun begitulah. Sampai masa akan ada orang (daripada PAS) yang ditentukan sebagai Perdana Menteri,” katanya dipetik laporan media selepas meninjau Muktamar Tahunan Pemuda PAS ke-66 di Kedah.
Mengulas usulan Bersatu mencalonkan Muhyiddin Yassin sebagai calon PM, Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkata setiap parti dalam Perikatan Nasional (PN) berhak berbuat demikian, namun keputusan muktamad perlu dibuat secara bersama.
“Fokus utama kita ialah menang. Jadi, untuk itu pastikan jentera pilihan raya, pastikan juga kerja yang terbaik dan tumbang dahulu kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) ini. Maka selepas itu, insya-Allah akan ditentukan orang yang layak,” ujarnya.
Ketika ditanya bila PAS akan menjadi PM, Ahmad sambil memetik pepatah Arab yang bermaksud ‘tiap-tiap benda yang kita tuju pergi kepada dia itu, dekat’ menyatakan sebagai tempoh itu tidak lama lagi.
Tambahnya, PAS bagaimanapun tidak akan mengumumkan calon PM mereka pada Muktamar Tahunan ke-71 ketika ini kerana mahu memberi fokus kepada memperkasakan parti.
Ujar beliau, tidak mustahil juga untuk PAS mengetuai PN kelak berdasarkan beberapa pertimbangan termasuk tokoh yang ada dalam parti itu dan jumlah kerusi dimenangi mereka.
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri