PAS sindir DAP, pertahan pendirian UMNO dalam isu kerjasama politik

7 jam lalu · Politik

PAS tampil mempertahankan pendirian UMNO dalam polemik membabitkan hubungan parti itu dengan DAP apabila menyifatkan DAP sendiri berdepan masalah yang sama dalam kalangan ahlinya berhubung kerjasama politik antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang mendakwa pemimpin UMNO memperdayakan ahli parti mengenai hubungan dengan DAP adalah tidak wajar kerana DAP turut berdepan penolakan daripada sebahagian ahlinya sendiri.

“Jika Anthony mahu mengatakan pemimpin UMNO menipu ahlinya, bukankah DAP juga berdepan perkara yang sama?

“Realitinya, DAP sudah memperdayakan ahlinya sejak 2022 dan akan terus berdepan persoalan sama menjelang pilihan raya akan datang,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Loke yang membidas pendirian Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Onn Hafiz Ghazi, berhubung penolakannya terhadap kerjasama dengan DAP.

Sebelum ini, Onn Hafiz menegaskan tidak akan bekerjasama dengan DAP dan sanggup melepaskan jawatan Menteri Besar sekiranya keadaan itu berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli turut mempersoalkan kritikan DAP terhadap pendirian UMNO sedangkan menurutnya terdapat perbezaan pandangan dalam parti itu sendiri mengenai kerjasama antara PH dan BN.

Beliau merujuk kepada gesaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) sebelum ini yang meminta Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, dipecat daripada Kabinet selain mencadangkan supaya kerjasama antara PH dan BN dikaji semula.

“Anthony mahu menyindir Menteri Besar Johor kerana tidak mahu bekerjasama dengan DAP, sedangkan Presiden UMNO dan Setiausaha Agung DAP duduk semeja dalam kerajaan setiap minggu.

“Namun, DAPSY sendiri pernah menggesa Mohamad Hasan dipecat sebagai menteri dan meminta kerjasama PH-BN dikaji semula. Ini menunjukkan tidak semua pihak dalam DAP selesa dengan hubungan tersebut,” katanya.

Isu hubungan antara UMNO dan DAP kembali menjadi perhatian selepas beberapa pemimpin kedua-dua parti saling berbalas kenyataan mengenai hala tuju kerjasama politik dalam Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama antara BN dan PH dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022 bagi membolehkan pembentukan kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, hubungan itu terus menjadi perdebatan dalam kalangan akar umbi kedua-dua parti yang sebelum ini merupakan seteru politik tradisi.

Berita berkaitan
PAS berjaya ‘gamekan’ Muhyiddin: Bermula dengan krisis Hamzah hingga ke perceraian
June 8, 2026· Politik
PAS sahkan putus kerjasama dengan Bersatu, beri bayangan akan keluar dari PN
1 jam lalu· Politik
SPR tetapkan tarikh penting PRN Negeri Sembilan Jumaat ini
7 jam lalu· Politik
UMNO Johor tidak lagi boleh tuntut kredit hasil pembangunan sendiri: DAPSY
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PAS didakwa tekan Bersatu terima parti Hamzah, siap hantar surat bersyarat ‘ugutan’
10 jam lalu · Politik
Jangan tutup pintu kerjasama politik, UMNO jangan bakar jambatan: Amanah
10 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO Johor balas sindiran Loke berhubung isu kerjasama dengan DAP
10 jam lalu · Politik
Parti Amanah persoal sikap UMNO Johor terhadap DAP
12 jam lalu · Politik
Syam Ghaz dilantik sebagai bos baharu JKOM, ganti Ismail Yusop
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok