SPR tetapkan tarikh penting PRN Negeri Sembilan Jumaat ini

June 8, 2026 · Politik

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini bagi membincangkan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan minggu lalu.

Setiausaha SPR, Khairul Shahril Idrus berkata mesyuarat itu akan diadakan serentak dengan Mesyuarat Khas PRN Johor ke-16 dan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Ramlan Harun.

Menurut beliau, mesyuarat berkenaan akan memberi tumpuan kepada penetapan tarikh-tarikh penting serta persiapan bagi melaksanakan pilihan raya negeri tersebut.

“Antara perkara yang akan dibincangkan ialah tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan serta lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya terbabit,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu bagi memaklumkan keputusan yang dicapai.

Pada Jumaat lalu, DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi dibubarkan secara rasmi bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri baharu.

Mesyuarat khas SPR yang akan bakal berlangsung Jumaat ini tertumpu kepada pengumuman rasmi mengenai tarikh penamaan calon dan hari pengundian yang akan menentukan perjalanan PRN Negeri Sembilan ke-16.

Berita berkaitan
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
August 24, 2026· Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
4 jam lalu· Politik
Lapan termasuk pempengaruh direman kes tutup lebuh raya untuk lumba haram
5 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
August 24, 2026 · Politik
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
4 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
August 23, 2026 · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
August 23, 2026 · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok