Pekerja bank didakwa sebar video lucah di X

September 15, 2026 · Isu semasa

Seorang pekerja khidmat pelanggan sebuah institusi perbankan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berunsur lucah menerusi aplikasi X (Twitter), tahun lalu.

Nater Hasan Ibnu, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara sedar menggunakan aplikasi X menerusi akaun @naterhasan untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berupa video berunsur lucah dengan niat mengganggu orang lain.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 26 Ogos 2024, manakala kandungan berkenaan dikesan telah dilihat pada 12 September 2024 kira-kira jam 11.30 pagi di Menara MCMC 1, Jalan Impact, Cyber 6, Cyberjaya, dalam daerah Sepang.

Susulan itu, Nater didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah turut boleh mengenakan denda tambahan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Siti Hajar Sulaiman.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Kes berkenaan mencerminkan tindakan undang-undang terhadap penggunaan platform media sosial untuk menyebarkan kandungan yang melanggar peruntukan komunikasi dan multimedia negara.

Berita berkaitan
MCMC desak Anthropic jelaskan dakwaan manipulasi AI sasar pengundi Malaysia
9 jam lalu· Isu semasa
13,883 kandungan deepfake dipadam, 61 kes disiasat: Fahmi
November 17, 2026· Isu semasa
181,750 kes scam dalam talian, kerugian cecah RM6.95 bilion
November 17, 2026· Isu semasa
Helah tuntutan insurans, guru jadi mangsa scam RM748,000
November 17, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Taburan hujan hingga 100mm punca banjir 23 kawasan di Selangor: Bernama
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit mengukuh menjelang pengumuman KDNK suku ketiga
9 jam lalu · Isu semasa
MOF sasar hutang kerajaan turun kepada 60 peratus KDNK pada 2030
9 jam lalu · Isu semasa
APEC 2026: Anwar tekankan perdagangan terbuka, kesalinghubungan
9 jam lalu · Isu semasa
Suspek samun maut berbalas tembakan dengan polis di Chow Kit
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
19 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 17 Nov – Ismail letak jawatan, kerajaan Madani stabil dan lawatan Macron
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok