Polis KL tidak membenarkan perhimpunan bantah rumah ibadat.
Seorang pelajar universiti awam berusia 23 tahun ditahan polis semalam kerana disyaki menyampaikan ucapan berunsur hasutan semasa menghadiri himpunan solidariti ‘Justice For Zara’ di Dataran Majlis Perbandaran Tawau baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, mengesahkan penahanan suspek yang sedang mengikuti pengajian semester tiga itu dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah hari di sekitar daerah berkenaan.
Menurut laporan Harian Metro, penahanan itu dibuat selepas polis menerima sebanyak 14 laporan awam berhubung ucapan pelajar tersebut yang didakwa menyentuh kedudukan dan maruah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
“Hasil siasatan awal mendapati wanita berkenaan adalah antara individu yang diberi peluang berucap dalam himpunan itu, dan ucapannya didakwa mengandungi unsur hasutan serta menimbulkan kegusaran awam,” jelas Jasmin.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 506 (jenayah ugutan) dan Seksyen 505(b) (kenyataan menghasut) Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penyalahgunaan kemudahan rangkaian).
Jasmin menambah eberapa saksi lain akan dipanggil bagi membantu siasatan dan sambil menegaskan proses siasatan dijalankan secara telus mengikut lunas undang-undang.
Himpunan ‘Justice For Zara’ dianjurkan susulan kematian pelajar sekolah agama, Zara Qairina Mahathir, 13, yang meninggal dunia pada 17 Julai lalu di Hospital Queen Elizabeth selepas ditemui tidak sedarkan diri di asramanya.
Kematiannya telah mencetuskan bantahan awam dan tuntutan untuk keadilan.
Video ucapan pelajar universiti tersebut telah tular di media sosial dan menarik perhatian ramai.
Rizab BNM cecah AS$126.9 bilion
Pelan baharu tangani kos sara hidup dilancar tahun ini: Armizan
Pelabur asing terus beli saham tempatan, aliran masuk cecah RM15 juta
Adam pertahan sekatan perjalanan peminjam PTPTN
Ringgit kekal stabil sekitar paras RM3.94 berbanding dolar: Bernama
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen