Pemandu bas akan direman selepas pembedahan: KP Perak

June 10, 2025 · Isu semasa

Polis akan memohon perintah reman terhadap pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan ngeri mengorban nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi semalam bagi membantu siasatan, apabila pemandu itu dibenarkan keluar dari hospital nanti.

Ketua Polis Perak Noor Hisam Nordin berkata, ketika ini pemandu berumur 40 tahun itu masih dirawat, dan sampel darah serta ujian air kencing lelaki tersebut sudahpun dihantar ke Jabatan Kimia untuk tindakan lanjut.

“Sekarang ini dia (pemandu bas) masih menerima rawatan di Hospital Taiping, jadi kita tunggu dulu. Kalau dia sudah discharge, baru kita nak reman dia,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian awal pagi semalam 15 penuntut UPSI maut apabila bas yang dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Bas yang disewa khas oleh pelajar itu berlepas dari Jertih, Terengganu pada 9 malam Ahad dan sedang dalam perjalanan ke kampus universiti berkenaan di Tanjung Malim, Perak sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.

Noor Hisam berkata 13 jenazah yang dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh semalam kesemuanya tiba di Masjid Hadhari, Jertih, Terengganu kira-kira 3 pagi tadi. – Bernama

Berita berkaitan
Pegawai tentera mabuk ditahan terlibat nahas, seorang maut
April 23, 2026· Isu semasa
Pemandu bas, teman wanita direman kes video tular riba sambil memandu
April 16, 2026· Isu semasa
Kes pemandu mabuk, dadah: Loke kata kerajaan tak pertimbang perkenal hukuman mati
April 13, 2026· Isu semasa
Tiga aktivis direman susulan insiden ganggu ucapan Azam Baki
April 8, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan susun semula perbelanjaan, perkhidmatan rakyat tidak terjejas: MOF
16 jam lalu · Isu semasa
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
19 jam lalu · Isu semasa
Kos harga tenaga dijangka melonjak susulan krisis di Asia Barat: Bank Dunia
19 jam lalu · Isu semasa
Peniaga lesap RM610,000 terjerat pelaburan palsu
20 jam lalu · Isu semasa
AGC tolak permohonan Namewee, kes dadah diteruskan: Laporan
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok