Pemuda BN bidas DAPSY amalkan politik sempit dan kurang faham, pertahan Akmal

August 6, 2025 · Politik

Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini membidas tindakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) yang didakwa sengaja menyerang Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh dalam isu-isu berbangkit tanpa mengira konteks sebenar.

Setiausaha Pemuda BN, Hafiz Ariffin menyifatkan tindakan DAPSY itu sebagai mencerminkan “kebebalan politik” dan sikap bermusuhan yang tidak berasas.

“Dalam isu bendera terbalik di sebuah sekolah, teguran Dr. Akmal dibuat atas semangat patriotik murni, bukan atas dasar kepartian. Namun DAPSY sengaja memutarbelitkan fakta,” katanya dalam kenyataan media.

Hafiz mengingatkan bahawa ini bukan kali pertama DAPSY bertindak balas secara emosional terhadap kritikan membina Dr. Akmal.

“Dalam isu label daging di KK Mart berdekatan UM dahulu, DAPSY juga memilih menyerang peribadi Dr. Akmal sedangkan beliau hanya menegur kecuaian pengurusan,” jelasnya.

Beliau mempersoalkan motif sebenar DAPSY yang dilihat konsisten membela kesilapan tertentu tetapi pantas menyerang pemimpin UMNO.

“Jika benar mahu menyokong perpaduan, DAPSY perlu berhenti dari budaya serangan peribadi dan belajar berdebat berasaskan fakta,” tegas Hafiz.

Pemerhati politik melihat perkembangan ini sebagai ujian sebenar konsep Kerajaan Perpaduan dalam menangani perbezaan pendapat antara komponennya.

Hafiz menegaskan Pemuda BN akan terus mempertahankan pendirian prinsip dalam isu-isu kenegaraan tanpa terpengaruh dengan provokasi politik sempit.

Sabtu lalu, media melaporkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua, memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat melalui satu kenyataan yang dikongsikan Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru ekoran tindakan pekerjanya yang memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik.

Berita berkaitan
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
6 jam lalu· Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
UMNO-BN tak berganjak, terus sokong kerajaan hingga akhir penggal: Khaled
August 17, 2026· Politik
Amanah tampil bela penerima LOD dihantar Asyraf Wajdi berkait isu Tabung Haji
August 17, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
August 19, 2026 · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
5 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
6 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok