Pemuda DAP Selangor kritik himpunan Pemuda UMNO kecam Bee Yin

December 24, 2025 · Politik

Pemuda DAP Selangor mengecam tindakan Pemuda UMNO Selangor yang menganjurkan demonstrasi berbentuk ‘sambutan akhir tahun’ di hadapan Pusat Khidmat Parlimen Puchong dengan menyifatkannya sebagai politik murahan dan tidak matang.

Kritikan itu dibuat susulan bantahan Pemuda UMNO terhadap kenyataan ringkas Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin, yang memuji keputusan mahkamah menolak permohonan Najib Razak untuk menjalani hukuman penjara secara tahanan rumah.

Menurut Pemuda DAP Selangor, penganjuran demonstrasi tersebut bukan sahaja tidak membawa manfaat kepada rakyat, malah mencerminkan kegagalan berhujah secara rasional dan berfakta.

“Budaya berhimpun beramai-ramai semata-mata untuk mencipta provokasi dan sensasi bukanlah politik matang. Ia memperlihatkan ketandusan idea serta hujah intelektual,” kata sayap parti itu dalam satu kenyataan.

Pemuda DAP Selangor turut mengaitkan insiden berkenaan dengan gaya kepimpinan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, yang didakwa lebih cenderung kepada gimik politik berbanding penyelesaian sebenar isu rakyat.

“Pendekatan yang mengapi-apikan emosi awam tidak membantu negara bergerak ke hadapan,” kata mereka lagi.

Semalam, kira-kira 100 penyokong Pemuda UMNO Selangor yang diketuai Ketua Pemudanya, Imran Thamrin, berhimpun di luar pusat khidmat tersebut bagi menyindir kenyataan Yeo berkaitan keputusan mahkamah terhadap Najib.

Dalam himpunan itu, Imran menyatakan Bee Yin sepatutnya “meraikan” keputusan bersalah muktamad terhadap bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.

Para peserta turut menaikkan sepanduk memaparkan kronologi kes Yong yang berakhir dengan penolakan rayuan terakhir pada 1 Oktober lalu, selain mengangkat karikatur wajah Bee Yin.

Mengulas lanjut, Pemuda DAP Selangor mempersoalkan tindakan menjadikan satu komen sebagai isu besar sehingga memerlukan tekanan fizikal dan demonstrasi.

“Apabila Najib dipenjarakan pada 2022, ribuan reaksi termasuk yang bersifat sinikal muncul di media sosial. Adakah semuanya juga perlu ditekan dengan gimik politik?” soal mereka.

Menegaskan solidariti bersama Bee Yin, Pemuda DAP Selangor menolak politik berasaskan intimidasi dan provokasi, sambil menyifatkan demonstrasi itu sebagai “teater politik” yang tidak mencerminkan kematangan demokrasi.

Sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO, PKR dan DAP turut mengkritik kenyataan ee Yin, malah ada gesaan supaya Barisan Nasional menarik sokongan terhadap kerajaan perpaduan.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang memberi Najib kebenaran tahanan rumah adalah tidak sah.

Berita berkaitan
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
3 jam lalu· Politik
Tiada retak dalam hubungan PH-BN, kerajaan masih utuh: Chang Lih Kang
11 jam lalu· Politik
PRU-16 awal: AMK dakwa UMNO mahu beri laluan PAS jadi PM
13 jam lalu· Politik
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
September 6, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
6 jam lalu · Politik
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
9 jam lalu · Politik
PRN Melaka makin dekat, DUN bubar dua Jumaat lagi Rauf beri bayangan
10 jam lalu · Politik
AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti
10 jam lalu · Politik
Dakwa kuasa asing terlibat, kenapa tak lapor polis soal ketua AMK
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok