Ketua DAPSY, Woo Kah Leong.
Pemuda Pakatan Harapan (PH) mengkritik cadangan Pemuda UMNO supaya subsidi minyak bagi golongan T20 ditarik balik dengan menyifatkan pendekatan itu sebagai tidak sensitif terhadap tekanan kos sara hidup yang sedang dihadapi rakyat ketika ini.
Ketua Pemuda PH Woo Kah Leong berkata, usaha mengurangkan subsidi perlu dilakukan secara berperingkat dan bukannya dengan meletakkan kesalahan kepada mana-mana kelompok masyarakat.
“Semua lapisan masyarakat, khususnya golongan yang lebih berkemampuan, selama ini tidak pernah membantah membayar cukai untuk pembangunan negara. Subsidi memang perlu dikurangkan secara berperingkat, tetapi bukan dengan pendekatan yang memburukkan golongan tertentu,” katanya dalam satu kenyataan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar itu turut menegaskan tekanan ekonomi ketika ini dirasai oleh semua pihak termasuk golongan majikan dan peniaga yang terpaksa menanggung kos operasi serta pembayaran gaji pekerja yang semakin meningkat.
“Jika tidak mampu menunjukkan empati, jangan ambil kesempatan terhadap keadaan ini,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Woo turut membangkitkan isu skandal 1MDB yang pernah mencetuskan kontroversi besar negara.
Beliau mendakwa beban kewangan kerajaan ketika ini tidak akan menjadi seteruk sekarang sekiranya negara tidak terpalit dengan skandal rasuah berbilion ringgit yang melibatkan bekas perdana menteri, Najib Razak.
Menurutnya, UMNO juga dilihat tidak pernah benar-benar menunjukkan penyesalan berhubung isu tersebut walaupun rakyat telah memberi isyarat jelas pada Pilihan Raya Umum 2018 apabila parti itu tewas buat kali pertama dalam sejarah negara.
“Masukkan sahaja cadangan itu dalam manifesto pilihan raya umum akan datang supaya rakyat boleh membuat pilihan dengan maklumat yang tepat,” katanya.
Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh memaklumkan sayap parti itu akan membawa usul kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO bagi mencadangkan subsidi minyak ditarik balik daripada golongan T20.
Menurut Akmal, langkah subsidi bersasar itu membolehkan kerajaan menyalurkan penjimatan kepada golongan B40 dan M40 yang lebih memerlukan bantuan bagi menghadapi kenaikan kos hidup.
Rafizi, Nik Nazmi umum langkah politik baharu Ahad ini, tinggalkan PKR?
Isu hina sahabat Nabi, Menteri Agama nasihat ahli politik berhati-hati dalam ceramah
Sanusi masih kekalkan dua ADUN Bersatu dipecat dalam kerajaan negeri
Kabinet kecam kenyataan Nik Zawawi hina sahabat Nabi: Fahmi
DAPSY kritik Akmal ‘lalat buta’ berhubung isu subsidi petrol
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil