Penahanan Murray Hunter di Bangkok bawah bidang kuasa Thai: MCMC

October 3, 2025 · Isu semasa

Penulis kontroversi warga Australia, Murray Hunter ditahan di Bangkok pada bulan lepas berikutan kegagalannya mematuhi saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Thailand bagi membantu dalam suatu siasatan.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang dikeluarkan hari ini, penahanan tersebut mempunyai kaitan dengan laporan polis yang telah dibuat terhadap kandungan terbitan Hunter dan ia dibuat mengikut bidang kuasa pihak berkuasa Thailand.

“Semua perkara berkaitan penahanan, kemungkinan kesalahan dan sebarang pertuduhan adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa Thailand.

“MCMC menghormatinya dan akan mematuhi proses serta keputusan sistem keadilan Thailand,” menurut kenyataan suruhanjaya itu.

MCMC memaklumkan Hunter ditahan pada 29 September lalu di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Laporan polis telah dibuat di Malaysia dan Thailand pada April dan Jun 2024 berhubung penerbitan Hunter yang didakwa menyentuh mengenai institusi-institusi di Malaysia, termasuk MCMC.

Difahamkan Hunter, yang menjalankan aktiviti penerbitannya dari Thailand, menghasilkan kandungan yang turut boleh diakses di dalam negara ini.

Sebagai tindakan lanjut, satu tuntutan sivil juga telah difailkan di Malaysia, dengan dokumen tuntutan tersebut berjaya disampaikan kepada beliau ketika berada di Thailand.

Perkembangan ini menunjukkan keseriusan pihak berkuasa dalam menangani isu yang melibatkan penulisan blog berkenaan.

Berita berkaitan
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
21 jam lalu· Isu semasa
Drama sentuh sensitiviti akan diambil tindakan, tiada kompromi: Fahmi
September 2, 2026· Isu semasa
Pesara hilang RM1.4 juta akibat phone scam
September 2, 2026· Isu semasa
Jakim ambil tindakan susulan isu peserta transgender warga Malaysia di Bangkok
September 1, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
2 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
15 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
19 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
19 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok