Pendedah maklumat rasuah Sabah cabar Hajiji saman jika dakwaan tak benar

November 20, 2025 · Politik

Ahli perniagaan, Albert Tei, mencabar pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya sekiranya dakwaan rasuah melibatkan beberapa ahli politik negeri itu tidak benar.

Tei yang sebelum ini mendedahkan skandal rasuah ADUN GRS mempersoalkan ketiadaan laporan polis atau saman fitnah daripada mereka yang didakwanya, justeru mengukuhkan lagi kebimbangan awam mengenai skandal lesen perlombongan yang didakwanya.

Tei secara khusus membidas kenyataan terbaru Ketua Menteri sementara Sabah, Hajiji Noor, yang menegaskan kerajaan GRS menolak kewujudan ‘kartel’ dalam industri berkenaan.

“Jika (Hajiji) tidak bersalah… mengapa beliau tidak membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman fitnah terhadap saya?” soal Tei.

“Apa sebenarnya yang membuatkan beliau, sebagai ketua menteri yang memegang kuasa tertinggi di Sabah, takut dan bimbang untuk berdepan dengan saya?” tambahnya lagi.

Tei berkata tiada sebarang undang-undang terhadap 15 ‘VVIP’ GRS yang dituduhnya seolah-olah membenarkan dakwaannya.

“Saya sentiasa menunggu tindakan susulan daripada mereka, tetapi hingga kini mereka terus mengabaikan,” katanya lagi.

Menurutnya, sikap itu mungkin berpunca daripada pihak terbabit yang ‘tahu’ bahawa pendedahannya disokong oleh bukti kukuh.

“Jika perlu, saya bersedia mendedahkan bahan-bahan itu kepada umum atau di mahkamah,” tegasnya.

Merujuk kepada kenyataan Hajiji dalam satu wawancara yang mempersoalkan kesahihan keterangan di mahkamah, Tei menyifatkannya sebagai satu dakwaan serius.

“Jika Hajiji gagal mengemukakan bukti, ini bermakna tindakannya mengandungi unsur memanipulasi fakta perbicaraan yang sedang berlangsung,” katanya.

Tei berkata beliau sedang berbincang dengan peguamnya dan tidak menolak kemungkinan untuk memfailkan prosiding menghina mahkamah terhadap Hajiji.

Berita berkaitan
Pelaburan KWAP rugi RM200 juta perlu disiasat: PMX
12 jam lalu· Isu semasa
Aset 1MDB bernilai USD1.37 bilion berjaya dibawa pulang
July 19, 2026· Isu semasa
Bestinet hantar surat tuntutan saman kepada seorang Ahli Parlimen PKR
July 15, 2026· Politik
Sofia Rini berdepan tuduhan fitnah Farhash, kes disebut semula Ogos ini
July 15, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
1 jam lalu · Politik
Akmal pertahan penyatuan parti Melayu selepas disindir UMNO cium ‘tapak kaki’
3 jam lalu · Politik
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
7 jam lalu · Politik
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
7 jam lalu · Politik
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok