Pengundi muda harus jadi tumpuan PKR menjelang PRU-16: Nurul Izzah

May 19, 2025 · Politik

PKR perlu memperkasa jentera dan mendekati rakyat dengan merangka program kemasyarakatan, khususnya bagi pengundi muda untuk meraih sokongan golongan itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar berkata kaji selidik yang dijalankan menunjukkan 68 peratus orang muda tidak meminati politik, justeru parti mempunyai peranan untuk mendepani cabaran tersebut.

“Kita faham, mereka (pengundi 18 tahun) undi berdasarkan pilihan kawan, kalau dulu mereka dengar mak ayah undi parti A, dia hendak undi parti C, mereka tak nak ikut, mahu jadi rebel. Ini juga cabaran yang akan kita hadapi.

“Bila bercakap dalam konteks masalah 68 peratus pengundi muda tidak minat dengan politik, maksudnya kita kena pastikan program masyarakat itu menjadi sebati dengan jiwa,” katanya ketika berucap pada Jelajah Temu Rapat Akar Umbi Zon Utara malam tadi.

Turut hadir Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek merangkap Menteri Pendidikan dan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.

Nurul Izzah yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada Pemilihan PKR sesi 2025-2028 juga mahu ahli parti tidak melupakan sejarah parti itu yang sentiasa kalis dan berdepan dengan pelbagai cabaran sejak ia ditubuhkan pada 4 April 1999.

Ditanya mengenai cadangan berdebat dengan pesaingnya Datuk Seri Rafizi Ramli, beliau berkata lebih fokus untuk berjumpa dengan akar umbi parti tersebut dalam tempoh berbaki lima hari lagi untuk pemilihan parti.

Pengerusi MPN Pulau Pinang itu juga berkata beliau mahu memberi fokus kepada PRU16 dan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang yang disifatkannya lebih penting berbanding pemilihan parti.

Pemilihan PKR menyaksikan pertandingan satu lawan satu bagi jawatan Timbalan Presiden antara Nurul Izzah dan Rafizi manakala Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal tanpa dicabar.

Kongres Nasional PKR termasuk Kongres AMK dan Wanita dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru dengan hari pengundian ditetapkan pada 23 Mei. – Bernama

Berita berkaitan
SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK
23 jam lalu· Politik
Dua pemimpin pemuda PAS, PKR selesai kes saman fitnah secara baik
October 6, 2026· Politik
Belanjawan 2027 dibentang Jumaat ini, terakhir sebelum PRU-16
October 6, 2026· Isu semasa
Chean Chung sertai parti Rafizi selepas letak jawatan MP Petaling Jaya
October 5, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
14 jam lalu · Politik
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
14 jam lalu · Politik
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
20 jam lalu · Politik
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
22 jam lalu · Politik
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok