Pengundi Sabah akan memilih kerajaan baharu esok

November 28, 2025 · Politik

Perjalanan kempen selama 14 hari Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 secara rasmi tamat akan berakhir tengah malam ini, membuka ruang kepada hampir 1.76 juta pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka mulai jam 7.30 pagi ini.

Sebanyak 882 pusat mengundi di seluruh negeri akan dibuka serentak, menawarkan 3,558 saluran untuk pengundian yang dijangka berjalan lancar dengan penglibatan lebih 12,000 anggota polis.

Proses pengundian akan ditutup secara berperingkat antara jam 12 tengah hari hingga 5.30 petang.

Pada Selasa lepas, sebanyak 17,615 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan tentera bersama pasangan selesai menunaikan tanggungjawab mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik 25 pegawai pengurus pilihan raya dengan dibantu 196 penolong pegawai pengurus bagi memastikan kelancaran pengundian pada PRN kali ini yang dianggarkan melibatkan peruntukan RM116.8 juta.

Selain itu, lebih 12,000 anggota polis juga dikerah bagi memastikan kelancaran hari mengundi pada esok.

SPR menjangkakan keputusan awal pengundian dapat diumumkan kira-kira 10 malam, namun ia bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

Semakan di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mendapati hujan dijangka melanda beberapa tempat di Sabah pada pagi esok, manakala ribut petir diramal di kebanyakan tempat di kawasan pedalaman pada sebelah petang.

Hujan juga dijangka melanda beberapa tempat pada sebelah malam.

PRN ke-17 menyaksikan pertembungan paling sengit di DUN Tulid dengan 14 calon bertanding, diikuti Bandau, Tamparuli dan Inanam (masing-masing 13 penjuru) serta Banggi (12 penjuru).

Pada PRN kali ini, sebanyak 596 calon bertanding di 73 kerusi DUN yang terdiri daripada 525 lelaki dan 71 wanita.

Daripada jumlah itu, calon Bebas mencatat jumlah tertinggi, iaitu 74 orang, diikuti Parti Warisan (73), Parti Impian Sabah (72), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (55), Parti Solidariti Tanah Airku (46), Barisan Nasional (45), PN (42), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (40), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (25) dan Pakatan Harapan (22).

Selepas tempoh penamaan calon pada 15 November lepas, PH disahkan bertanding di 22 kerusi.

Bagaimanapun, dua hari kemudian, Abdul Halim Sidek Gulam Hassan dari PKR yang diletakkan di DUN Silam menarik diri.

SPR menegaskan bahawa tindakan menarik diri Abdul Halim tidak dibenarkan menurut peraturan sedia ada dan namanya kekal tersenarai sebagai calon PH dalam kertas undi bagi DUN berkenaan.

Turut bertanding ialah Parti Kebangsaan Sabah (20), Parti Kerjasama Anak Negeri (17), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (16), Parti Bumi Kenyalang (14), Parti Rumpun Sabah (7), Parti Maju Sabah (6), Parti Damai Sabah (5), Perjuangan Rakyat (6), Pertubuhan Gemilang Anak Sabah (3), Parti Bangsa Malaysia (3), dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (3).

Sementara itu, Parti Bersatu Sasa Malaysia dan Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah masing-masing satu calon.

Berita berkaitan
Aminuddin dakwa pengkhianatan punca PRN Negeri Sembilan diadakan
6 jam lalu· Politik
Anwar pilih kerjasama daripada pertembungan politik dalam PRN
6 jam lalu· Politik
Kongres PKR ditunda ke Ogos, Saifuddin dan Dr Zaliha dilantik Naib Presiden
14 jam lalu· Politik
AMK persoal sejauh mana komitmen UMNO bersama Kerajaan Perpaduan
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Pemuda PAS Bangi lulus usul putus hubungan dengan Bersatu
14 jam lalu · Politik
Kerajaan Pulau Pinang sokong PRU-16 tidak diawalkan, fokus isu ekonomi negara
15 jam lalu · Politik
Anwar pejuang reformasi sebenar: AMK Johor
16 jam lalu · Politik
UMNO Negeri Sembilan mahu tanding semua kerusi DUN secara solo: Jalaluddin
16 jam lalu · Politik
Gerakan dakwa PAS bertindak sendiri cadang tubuh PN+, tiada perbincangan
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok