Penjawat awam diingatkan tidak sertai perhimpunan: KSN

July 20, 2025 · Politik

Penjawat awam yang masih bertugas dengan kerajaan diberi peringatan supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan termasuk Himpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung pada Sabtu ini, 26 Julai.

Peringatan itu dibuat Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar yang berkata penjawat awam perlu ingat ikrar yang dilafazkan pada setiap minggu iaitu sentiasa setia kepada raja dan negara.

“Mereka penjawat awam, mana boleh turun?” katanya ringkas selepas merasmikan Karnival Sukan Ansara (KSA) 2025 hari ini.

Menurut Shamsul Azri, mana-mana penjawat awam perlu memahami dan menghayati maksud sebenar ikrar dibaca pada setiap minggu.

“Kita baca ikrar tu setiap hari, setiap minggu. Kesetiaan kepada raja dan negara. Lupakah?

“Taat setialah kepada raja dan negara,” tegas beliau lagi.

Pada 12 Julai lalu, menerusi sidang media PAS menyasarkan penyertaan lebih 50,000 orang dalam Himpunan Selamatkan Malaysia: Turun Anwar yang dijadual berlangsung pada 26 Julai ini di Kuala Lumpur.

Himpunan dianjurkan itu didakwa sebagai isyarat kebangkitan rakyat terhadap kegagalan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, mobilisasi penyokong sedang giat dijalankan melibatkan semua peringkat termasuk setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

Polis sebelum ini turut memberi peringatan bahawa sebarang perhimpunan mesti mematuhi peraturan sedia ada termasuk memaklumkan kepada pihak berkuasa lebih awal.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
6 jam lalu· Politik
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
12 jam lalu· Politik
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
September 22, 2026· Isu semasa
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
September 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
8 jam lalu · Politik
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
8 jam lalu · Politik
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
12 jam lalu · Politik
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
12 jam lalu · Politik
Kemelut takhta: Majlis menghadap Tunku Nadzaruddin batal, Balai Undang dikawal polis
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok