Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Seorang penjual kuih dijatuhi denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang selepas mengaku bersalah menjual kandungan lucah melalui media sosial bagi tujuan komersial.
Hakim Ahmad Fuad Othman memutuskan hukuman terhadap Branley Mohd Tahar, 24, serta menetapkan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Kesalahan itu melibatkan penggunaan aplikasi Telegram untuk menawarkan akses kepada kumpulan yang mengandungi video lucah.
Mengikut fakta kes, tertuduh menjual kandungan berkenaan kepada ejen penyamaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan bayaran RM150 melalui tambah nilai Touch ’n Go pada Julai 2024.
Mahkamah dimaklumkan perbuatan itu dilakukan secara sedar dan bermotifkan keuntungan.
Pendakwaan menyatakan tertuduh pernah meraih pendapatan sehingga RM33,000 melalui aktiviti tersebut.
Ketika menjatuhkan hukuman, Ahmad Fuad menegaskan tindakan tertuduh bertentangan dengan nilai asas negara.
“Kamu dah langgar dua prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan serta Kesopanan dan Kesusilaan,” katanya.
Beliau turut mengingatkan, “Jangan guna media sosial untuk merosakkan moral orang awam dan keharmonian negara.”
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan menjadi tulang belakang keluarga.
“Saya hanya membantu ibu menjual kuih dan menyara keluarga. Saya dah insaf,” katanya dalam nada sebak.
Kes ini didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara bagi penyalahgunaan rangkaian komunikasi.
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
Sultan Selangor gering, istiadat 1 November ditunda
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum