Polis siasat kandungan media sosial sentuh 3R berkait krisis Negeri Sembilan

May 8, 2026 · Politik

Polis Negeri Sembilan membuka beberapa kertas siasatan berhubung kandungan di media sosial berkaitan kemelut yang sedang melanda negeri itu selepas menerima laporan daripada pelbagai pihak.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad berkata penyebaran kenyataan dan kandungan berhubung isu berkenaan dilihat berpotensi mencetuskan provokasi, keresahan serta kekeliruan dalam kalangan masyarakat jika tidak dikawal.

Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehingga hari ini, sebanyak 49 keterangan sudah dirakam dan siasatan masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kertas siasatan dijangka dirujuk kepada pihak pendakwa raya dalam masa terdekat bagi mendapatkan arahan lanjut berhubung tindakan susulan yang boleh diambil.

Menurut Alzafny, siasatan turut memberi tumpuan terhadap unsur hasutan termasuk tindakan mengeluarkan, menerbitkan atau menyebarkan kandungan yang boleh menggugat ketenteraman awam dan menimbulkan kebencian dalam kalangan masyarakat.

Katanya, polis juga menyiasat dakwaan berkaitan kenyataan berunsur fitnah serta penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian komunikasi untuk menyebarkan kandungan palsu, jelik atau mengancam.

Isu berkenaan mula hangat diperkatakan di media sosial sejak beberapa hari lalu apabila pelbagai dakwaan dan spekulasi berkaitan kemelut di negeri itu tersebar secara meluas, sekali gus mengundang pelbagai reaksi pengguna internet.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R).

“Orang ramai diminta tidak menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan provokasi atau menjejaskan keharmonian serta ketenteraman awam,” katanya.

Berita berkaitan
MCMC tingkat literasi digital melalui penganjuran karnival komuniti
June 21, 2026· Isu semasa
12,710 anggota polis Johor mengundi awal pada 7 Julai
June 18, 2026· Politik
Bersatu kekal bertanding guna logo PN dalam PRN Johor, Negeri Sembilan: Muhyiddin
June 17, 2026· Politik
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
June 16, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
10 jam lalu · Politik
Maszlee sedia berdebat, adakah Onn Hafiz akan sahut?
10 jam lalu · Politik
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
11 jam lalu · Politik
Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri
17 jam lalu · Politik
PRN Johor: Debat Maszlee dan Onn Hafiz, biar pengundi nilai siapa layak jadi MB?
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok