Penyelarasan had RON95: Akmal harap tak pinggir 10 peratus rakyat

March 27, 2026 · Isu semasa

Keputusan kerajaan mengurangkan kuota subsidi petrol BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan menimbulkan kebimbangan terhadap nasib segelintir rakyat yang dijangka terkesan.

Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh, mengingatkan agar kerajaan tidak hanya melihat kepada angka majoriti semata-mata, sebaliknya memahami kesan sebenar terhadap golongan minoriti yang terlibat.

Menurutnya, walaupun langkah itu dikatakan tidak menjejaskan 90 peratus rakyat, persoalan utama ialah siapa 10 peratus yang perlu menanggung kesannya.

“Apabila PMX menyatakan 90 peratus tidak terjejas, kita perlu tanya secara jujur: siapa 10 peratus ini? Jangan kita selesa dengan angka kerana dalam politik, angka mungkin menenangkan pentadbiran tetapi tidak semestinya menenangkan kehidupan rakyat,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan penyelarasan sementara kuota BUDI95 itu berkuat kuasa 1 April sebagai langkah memastikan subsidi bahan api lebih bersasar.

Keputusan tersebut dibuat susulan ketidaktentuan harga minyak global serta kesan konflik di Asia Barat terhadap ekonomi dunia.

Mengulas lanjut, Dr Akmal menjelaskan golongan yang terjejas bukanlah kelompok berada, sebaliknya rakyat biasa yang bergelut dengan kos hidup tinggi.

Katanya, ramai dalam kalangan mereka tinggal di luar bandar kerana kos sewa di bandar yang mahal, lalu terpaksa berulang-alik jauh setiap hari.

“Mereka ini ‘real people’. Ada yang jadi ‘weekend husband’ dan ‘weekend wife’, berulang-alik demi keluarga. Mereka bekerja keras bukan untuk hidup mewah, tetapi sekadar cukup,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan pengurangan 100 liter bukan sekadar angka kecil, tetapi memberi kesan besar kepada kehidupan harian golongan tersebut.

“100 liter itu bukan kemewahan. Itu ruang bernafas. Bila ruang itu dipotong, kehidupan mereka akan jadi lebih sempit,” katanya.

Walaupun tidak menolak keperluan rasionalisasi subsidi, beliau menggesa kerajaan menyediakan mekanisme lebih fleksibel dan berempati bagi membantu mereka yang terkesan.

“Ini bukan soal majoriti atau minoriti, tetapi soal keadilan. Jangan kerana mereka kecil dalam statistik, kita terlepas pandang nasib mereka,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
8 jam lalu· Isu semasa
Menang di Melaka, Mahfuz desak BN-PN umum pakatan
16 jam lalu· Politik
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
16 jam lalu· Politik
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
19 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
6 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
7 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
8 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
7 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok