Mohamed Azmin Ali.
Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat dianggap sebagai tidak seimbang dan boleh menjejaskan kedaulatan ekonomi negara.
Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Mohamed Azmin Ali berkata perjanjian itu didakwa memaksa Malaysia tunduk kepada kepentingan Amerika Syarikat tanpa mendapat manfaat yang setara.
“Perjanjian ART ini adalah apa-apa sahaja kecuali timbal balik. Ia adalah satu bentuk penyerahan; Malaysia melepaskan terlalu banyak kawalan ke atas ekonominya, manakala Amerika Syarikat mengekalkan kebebasan mutlak untuk menentukan apa yang baik untuk industri mereka sendiri,” kata Azmin dalam satu kenyataan.
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu juga membangkitkan kebimbangan mendalam terhadap Artikel 5.1 dalam perjanjian tersebut, yang mewajibkan Malaysia menyalin sekatan atau sekatan perdagangan AS terhadap mana-mana negara lain.
Ujarnya, klausa tersebut memudaratkan kerana ia memaksa Malaysia terheret dalam konflik antarabangsa dan menghakis sifat berkecuali yang selama ini menjadi tonggak kestabilan negara.
“Jika Washington menghalang import dari China atau Russia, Malaysia terpaksa melakukan perkara yang sama, walaupun ia memudaratkan ekonomi kita. Klausa ini memusnahkan neutraliti yang telah lama menjadi kekuatan kita,” katanya.
Tambah Azmin, perjanjian itu juga dilihat merampas keupayaan negara untuk mengawal selia pasaran domestik.
Ia memaksa agensi tempatan menerima piawaian Amerika untuk produk makanan, ubat-ubatan dan kenderaan, malah melemahkan sistem pensijilan halal negara dengan mengiktiraf badan pensijilan asing.
Di sebalik beberapa manfaat jangka pendek, Azmin menekankan bahawa kerugian jangka panjang adalah lebih besar.
Beliau mengingatkan melaksanakan ART bukanlah pengukuhan, sebaliknya penyerahan kedaulatan, neutraliti dan masa depan ekonomi Malaysia kepada kuasa asing.
MP Bukit Bendera gesa perkukuh undang-undang jenayah penderaan kanak-kanak
Kerangka baharu perangi berita palsu, tingkatkan celik media sedang dibangunkan
Mesyuarat dua hala Anwar dengan PM China bincang kerjasama perdagangan, kestabilan serantau
MCMC jumpa pengendali media sosial minggu depan bincang kaedah pengesahan identiti
Usahawan hartanah mengaku tidak bersalah dalam kes gaduh yang tular
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa