Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Menjadi kelaziman bagi mana-mana negara sebelum mencalonkan duta mahupun perwakilan asing perlu terlebih dahulu mendapat persetujuan tuan rumah, kata Fahmi Fadzil.
Menteri Komunikasi mengulas berhubung kedudukan pencalonan Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia yang setakat ini belum diterima maklum dalam mesyuarat Kabinet.
“Kebiasaannya dalam mesyuarat Jemaah Menteri, kita akan menerima memorandum daripada Wisma Putra mengenai mana-mana pelantikan duta atau perwakilan asing baharu.
“Waktu ini perkara tersebut belum lagi dibawa ke perhatian Jemaah Menteri. Mungkin selepas kita ada maklum balas itu, tapi waktu ini belum lagi sampai ke Jemaah Menteri,” katanya pada sidang media hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) memandang serius pencalonan Adams sebagai Duta ke Malaysia.
Biro Hubungan Antarabangsa AMK, Arief Izuadin mendakwa, latar belakang Adams didakwa condong kepada ideologi politik ekstrem kanan serta retorik bersifat memecahbelahkan dilihat bercanggah dengan prinsip kemajmukan, toleransi dan solidariti yang menjadi asas perpaduan rakyat Malaysia.
Selain itu, kata Fahmi, mana-mana calon duta mahupun perwakilan asing yang diketengahkan mestilah dipersetujui negara tuan rumah.
“Samalah juga sebelum ini, kalau kita teliti sejarah dalam kerajaan menamakan atau mencadangkan perwakilan Malaysia ke negara asing, perlu mendapat persetujuan daripada negara tuan rumah,” katanya.
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
MYEG digantung, RM314 juta hasil kerajaan masih tertunggak
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum