Kes saman Hannah Yeoh terhadap Kamarul Zaman Yusoff.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan seorang pensyarah universiti untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi berjumlah RM400,000 kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Pesuruhjaya Kehakiman Avinder Singh Gill membuat keputusan tersebut setelah mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak.
Dr. Kamarul Zaman Yusoff, seorang Pensyarah Kanan dari Universiti Utara Malaysia (UUM), diarahkan untuk membayar jumlah tersebut sebagai ganti rugi selepas beliau didapati bersalah dalam satu kes saman fitnah yang difailkan oleh Hannah Yeoh pada tahun 2022.
Kes ini berpunca daripada dua hantaran Facebook yang dibuat oleh Kamarul Zaman pada Mei 2017.
Dalam hantaran tersebut, beliau didakwa telah membuat tuduhan bahawa Hannah Yeoh menyalahgunakan kedudukannya untuk menyebarkan agama Kristian melalui kegiatan politik dan bukunya yang bertajuk ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’.
Beliau mendakwa buku tersebut membawa ‘agenda Kristian’.
Pada 30 Mei lalu, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa hantaran tersebut adalah fitnah dan membenarkan saman yang dikemukakan oleh Yeoh.
Selain menolak permohonan untuk menangguhkan bayaran, mahkamah juga memerintahkan Kamarul Zaman untuk membayar kos sebanyak RM2,500.
Dengan keputusan ini, Kamarul Zaman tidak lagi boleh menangguhkan pembayaran ganti rugi tersebut dan perlu mematuhi perintah mahkamah dengan segera.
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil