Perwakilan sebulat suara calonkan Muhyiddin sebagai PM semasa PAT: Azmin

September 10, 2025 · Politik

Mohamed Azmin Ali menegaskan pencalonan Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke-11 telah disokong sebulat suara oleh perwakilan parti dan bukanlah kehendak peribadi mana-mana individu.

Setiausaha Agung Bersatu itu mengulas laporan akhbar The Sun yang memetik sumber dalaman mendakwa pencalonan Muhyiddin dilakukan tanpa melalui proses konsultasi dalam Perikatan Nasional (PN).

“Mengapa tidak rujuk kepada fakta? Mohon dengar perbahasan 20 pembahas dan usul yang dibentangkan oleh pengerusi tetap.

“Lihat bagaimana sokongan sebulat suara dari perwakilan. Tak payah layan orang yang ada agenda tersendiri,” katanya dipetik laporan portal MG.

Menurut Azmin, keputusan itu jelas terbukti semasa Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu pada Ahad lalu, di mana semua perwakilan yang hadir bersetuju dengan usul berkenaan.

Terdahulu, The Sun melaporkan Muhyiddin dan Azmin saling bergantung antara satu sama lain demi kelangsungan politik, walaupun mereka tidak lagi dilihat sebagai pilihan utama dalam kalangan pemimpin komponen PN.

Langkah Bersatu itu bagaimanapun dilaporkan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pemimpin PAS, yang menganggap ianya dibuat terlalu awal dan tanpa perbincangan bersama.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Rayanya, Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa PN masih belum memuktamadkan calon PM.

Latar belakangnya, walaupun terdapat spekulasi mengenai desakan dalaman supaya Muhyiddin memberi laluan kepada pengganti, pencalonannya secara asasnya terus menerima sokongan majoriti dalam Bersatu.

 

Berita berkaitan
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
September 4, 2026· Politik
Amanah cadang PH bentuk ‘khemah besar’ hadapi PRU-16, kerjasama dengan Bersatu
September 4, 2026· Politik
Draf siap, PM akan muktamadkan RUU had tempoh jawatan PM: Azalina
September 3, 2026· Isu semasa
Kedudukan Bersatu dalam PN bakal dibincang, bakal disingkir?
September 1, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
September 6, 2026 · Politik
Undi PAS bukan tiket ke syurga: Mujahid
September 6, 2026 · Politik
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
September 6, 2026 · Politik
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
September 6, 2026 · Politik
PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok