Petisyen Rafizi tak dapat sambutan, rakyat sokong PMX: Nazri

July 13, 2025 · Politik

Seorang veteran politik, Nazri Abdul Aziz menyifatkan langkah bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli yang cuba menunggang isu badan kehakiman untuk dijadikan modal politik tidak mendapat sambutan rakyat.

Bekas menteri UMNO itu berkata petisyen yang dilancarkan Rafizi baru-baru ini atas alasan mempertahankan badan kehakiman gagal untuk mempengaruhi rakyat untuk tidak menyokong kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Ini bermakna rakyat menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan isu yang kononnya timbul ini sebenarnya tidak penting.

“Saya rasa itu satu kesimpulan yang adil,” kata Nazri dipetik laporan Malaysiakini.

Petisyen yang dilancarkan Rafizi melalui platform media sosialnya pada hari Jumaat lalu bertujuan menunjukkan sokongan awam terhadap badan kehakiman yang bebas dan berintegriti, di samping menggerakkan tekanan masyarakat untuk mempertahankan pemisahan kuasa serta kedaulatan undang-undang.

Menurut laporan Malaysiakini, petisyen tersebut hanya menarik respons sederhana, dengan 1,935 tandatangan yang disahkan untuk versi Bahasa Inggeris dan 5,393 untuk salinan Bahasa Malaysia.

Pada Isnin, Rafizi bersama lapan Ahli Parlimen PKR yang lain menggesa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan agar Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Reformasi Institusi menyiasat dakwaan campur tangan dalam badan kehakiman.

Mereka menyeru agar RCI menyiasat dakwaan bahawa kerajaan telah mengabaikan cadangan daripada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) sebelum persaraan bekas Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

Berita berkaitan
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
5 jam lalu· Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
6 jam lalu· Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
16 jam lalu· Politik
PKR sokong gesaan Anwar supaya dunia bertindak terhadap Israel
16 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
5 jam lalu · Politik
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
23 jam lalu · Politik
Jangan jadi ‘imigresen’ syurga, Islam bukan milik PAS: Amanah Selangor
24 jam lalu · Politik
UMNO kekal hingga tamat penggal, PKR sambut baik: Saifuddin Nasution
24 jam lalu · Politik
Bekas menteri bakal didakwa esok berhubung RCI Tabung Haji
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok