PH kekal teguh lawan rasuah, salah guna kuasa

13 jam lalu · Politik

Pakatan Harapan (PH) menegaskan komitmen untuk terus menyokong agenda Kerajaan MADANI dalam membanteras rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa tanpa mengira kedudukan atau latar belakang individu terlibat.

Majlis Setiausaha PH dalam kenyataan hari ini turut menegaskan sokongan terhadap titah Yang di-Pertuan Agong supaya setiap kes disiasat secara menyeluruh dan tindakan diambil tanpa kompromi terhadap pihak yang didapati bersalah.

Menurut PH, perjuangan membanteras rasuah serta memperkukuh tatakelola dan reformasi institusi merupakan antara asas utama gabungan itu sejak awal penubuhannya.

“Prinsip kedaulatan undang-undang juga menuntut supaya proses kehakiman yang sedang berjalan diberikan ruang untuk diselesaikan secara teratur dan bebas tanpa menimbulkan sebarang persepsi bahawa proses tersebut telah didahului pertimbangan lain,” menurut kenyataan itu.

PH turut berpandangan individu yang disabitkan kesalahan rasuah atau salah guna kuasa, khususnya membabitkan kes berprofil tinggi, perlu menjalani hukuman sepenuhnya seperti ditetapkan mahkamah.

Majlis Setiausaha PH berkata pendirian itu penting bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap institusi negara terus diperkukuh, terutama ketika Malaysia sedang melalui fasa pemulihan dari segi tatakelola dan integriti.

“Beberapa kes rasuah berprofil tinggi sebelum ini turut telah memberikan kesan yang besar terhadap nama dan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya.

PH berkata negara telah berusaha keras dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk membina semula keyakinan terhadap institusi, tatakelola serta keupayaan Malaysia menangani rasuah dan salah guna kuasa.

“Momentum pemulihan ini perlu terus dipelihara,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, PH menegaskan sebarang keputusan membabitkan kes berprofil tinggi perlu mengambil kira keyakinan masyarakat terhadap kesungguhan kerajaan melaksanakan agenda membanteras rasuah.

Gabungan itu berkata sokongan rakyat daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang membawa amanah besar untuk memastikan agenda reformasi terus dipertahankan.

“Amanah tersebut menuntut kami untuk terus konsisten menyuarakan pendirian berdasarkan prinsip, walaupun ketika berhadapan dengan situasi yang mencabar dan berdepan tekanan dari pelbagai sudut,” menurut kenyataan itu.

PH turut mengulangi komitmen untuk menjunjung Perlembagaan, menghormati institusi negara serta mempertahankan prinsip reformasi, kedaulatan undang-undang dan usaha membanteras rasuah.

Pendirian itu dibuat ketika isu integriti, penguatkuasaan undang-undang dan reformasi institusi terus menjadi antara perhatian utama dalam usaha memperkukuh keyakinan rakyat terhadap pentadbiran negara.

Berita berkaitan
Mohamad Hasan: UMNO tak mahu dipermainkan lagi, tetapkan empat syarat kerjasama
September 9, 2026· Politik
Peguam nafi Azeez pilih baju lokap, gari
September 9, 2026· Politik
UMNO dakwa syarat dilanggar berhubung isu pengampunan Najib
5 jam lalu· Politik
SPRM: Azeez minta kekal pakai baju lokap, bergari
6 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Mohamad Hasan: Menang PRN bukan lesen UMNO untuk leka
September 9, 2026 · Politik
Ahmad Zahid tolak spekulasi Ismail Lasim letak jawatan, nafi hadir mesyuarat
1 jam lalu · Politik
Syahredzan gesa siasat dakwaan MB Negeri Sembilan dipaksa tandatangan
6 jam lalu · Politik
MB Negeri Sembilan: Saya tandatangan proklamasi secara paksaan
6 jam lalu · Politik
Hilman bebas pertuduhan cetus ketakutan awam
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok