PH Simpang Renggam lapor polis dakwa Onn Hafiz berkempen dalam program TVET

July 9, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) Simpang Renggam membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, susulan dakwaan program Jelajah TVET MARA di Kluang digunakan sebagai platform kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Laporan itu dibuat wakil calon PH Machap yang juga Timbalan Ketua Kawasan Amanah Simpang Renggam, Hairu Nasir Rohani, di Balai Polis Simpang Renggam pada Khamis.

Hairu Nasir mendakwa pelajar institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dibawa menghadiri program berkenaan, yang turut menyaksikan Onn Hafiz diperkenalkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap.

“Kami membuat laporan polis supaya pihak berkuasa menyiasat isu yang timbul daripada ceramah Menteri Besar di Kluang dan kini tular di media sosial.

“Berdasarkan maklumat serta rakaman yang tersebar, kami percaya terdapat perkara yang perlu disiasat kerana ia boleh melibatkan larangan semasa tempoh pilihan raya,” katanya dipetik laporan Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, laporan tersebut dibuat bagi menyiasat sama ada berlaku pengaruh tidak wajar terhadap pelajar serta penggunaan kedudukan rasmi atau institusi pendidikan untuk kepentingan politik.

Beliau berkata, pihak berkuasa perlu menentukan sama ada wujud unsur paksaan, umpanan atau penyalahgunaan aset kerajaan bagi mempengaruhi pengundi muda.

“Kami mahu siasatan dibuat di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, termasuk sama ada pelajar hadir secara sukarela atau dibawa ke program yang mempunyai unsur kempen,” katanya.

Isu itu timbul selepas video program Jelajah TVET MARA di Kluang tersebar di Facebook dan TikTok ketika kempen PRN Johor berlangsung.

Pada 7 Julai lalu, Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menafikan program itu digunakan untuk berkempen.

Beliau yang juga Pengerusi MARA berkata, Jelajah TVET MARA ialah program nasional yang dianjurkan di seluruh negara, manakala kehadiran Onn Hafiz hanya bagi memperkenalkan calon BN kepada peserta.

Kerusi DUN Machap menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Onn Hafiz, penyandang kerusi itu, dan calon PH-Amanah, Nur Hafiz Roslan.

Dakwaan terhadap program TVET itu menambah suhu kempen di Machap, antara kerusi yang menjadi perhatian dalam PRN Johor.

Berita berkaitan
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
1 jam lalu· Isu semasa
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
4 jam lalu· Politik
Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi
5 jam lalu· Politik
Isu Yang Dipertuan Besar jangan dipolitikkan, hormati proses berjalan: Khalid Samad
7 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid ucap ‘selamat berjaya’ secara sinis kepada Hamzah selepas dicadang jadi PM
July 28, 2026 · Politik
‘Sudah-sudah lah berbohong, tabur fitnah’, Khalid Samad nasihat Hadi Awang
8 jam lalu · Politik
Pembantu Muhyiddin dedah PAS pilih kawan demi kerusi, bukan kerana Melayu dan Islam
8 jam lalu · Politik
PRN NS: SPR sasar 90 peratus pengundi awal keluar mengundi
9 jam lalu · Politik
Aminuddin beri jaminan tiada tanah rakyat terlibat dalam Projek Pelabuhan AI
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
3 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok