Pakatan Harapan.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim, menolak spekulasi gabungannya bercadang untuk ‘menguasai’ Sabah dengan mencalonkan seorang Ketua Menteri untuk mengukuhkan peranannya sebagai ‘kuasa penstabil’ dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Perdana Menteri berkata PH tidak akan mengetuai kerajaan negeri dan tidak mempunyai kerusi yang mencukupi untuk berbuat demikian, merujuk kepada jumlah calon PH yang hanya bertanding di 22 daripada 73 kerusi.
“Kita tidak letak calon PH sebagai ketua menteri. Kamu pilihlah siapa kamu mahu (untuk bentuk kerajaan),” kata Anwar semasa program di Kota Kinabalu malam tadi.
Beliau berkaata fokus utama PH adalah untuk memastikan tadbir urus yang baik dan mengukuhkan hubungan kerja antara kerajaan negeri dan persekutuan.
“Pertama, kita jaga urus tadbir. Kita tidak mahu negeri ini dikenali dengan rasuah atau salah guna kuasa. Cukup-cukuplah… kita kerja betul, kerja bersama,” katanya lagi.
Anwar turut mengkritik keadaan politik Sabah dengan merujuk kepada jumlah calon yang terlalu ramai di beberapa kerusi, seperti di Tulid yang menyaksikan 14 calon.
“Apa benda ini? Ini menunjukkan ada masalah di sini,” ujarnya sambil ketawa dan menepuk dahi.
Mengenai isu sensitif tuntutan 40 peratus hasil persekutuan, Anwar menegaskan komitmen kerajaannya.
“Ini pertama kali kabinet kata ya, 40 peratus itu hak Sabah. Tak bantah,” jelasnya.
Beliau juga menafikan rayuan yang dibuat kerajaan adalah berkenaan tuntutan tersebut, sambil menasihati semua pihak agar membaca kenyataan berkenaan dengan teliti.
“Baca elok-elok, rayuan itu untuk satu kes lain, bukan yang 40 peratus,” tambahnya.
Kes DNAA Zahid: Badan Peguam tunggu keputusan rayuan 14 Jun tahun depan
Mahfuz persoal Sanusi: Mana hasil projek mega Kedah?
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum