PH tidak campur urusan perpecahan PN, tumpu menangi hati pengundi: Fahmi

June 28, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) menyifatkan keputusan PAS untuk tidak membantu kempen calon Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini memberi sedikit kelebihan kepada gabungan itu, namun menegaskan pihaknya tidak mahu mencampuri urusan dalaman Perikatan Nasional (PN).

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, apa yang berlaku dalam PN adalah perkara yang perlu diselesaikan oleh gabungan itu, manakala PH kekal memberi tumpuan kepada usaha meraih sokongan rakyat sepanjang tempoh berkempen.

“Saya lihat ini masalah dalaman dalam kalangan parti terbabit dan kita tidak masuk campur dalam hal mereka.

“Bagi PH, keutamaan dan fokus adalah menggerakkan jentera, memenangi hati rakyat serta membuktikan bahawa PH mampu meneraju dan mewakili rakyat Johor,” katanya selepas menghadiri Program JIWA@Komuniti Madani Sembang Santai Edisi Piala Dunia FIFA 2026 di Pasar Awam Parit Jawa hari ini.

Turut hadir calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang, Soraya Badaruddin.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, fokus utama PH ketika ini ialah memastikan penyokong mereka keluar mengundi pada hari pengundian, 11 Julai nanti.

“Untuk parti lain, bukan kita tidak endahkan, tetapi kita akan terus fokus kepada kekuatan PH,” katanya.

Semalam, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata parti itu menghormati keputusan PAS yang tidak membantu kempen pada PRN Johor dan menegaskan gerak kerja parti akan diteruskan berasaskan kekuatan sendiri.

Menurutnya, keputusan tersebut tidak menjejaskan kempen Bersatu yang terus memberi tumpuan kepada dasar serta rekod perkhidmatan parti bagi meyakinkan pengundi.

Sementara itu, Fahmi turut mengingatkan semua parti politik supaya mengelakkan penggunaan isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R) sepanjang tempoh berkempen.

Beliau berkata, persaingan dalam PRN Johor seharusnya tertumpu kepada dasar, prestasi dan tawaran setiap parti kepada rakyat, bukannya memainkan sentimen yang boleh menjejaskan keharmonian.

“Tak payah sentuh pun isu-isu itu. Seperti yang disebut oleh Mohamad Sabu dan Anwar Ibrahim, biarlah parti lawan parti. Kita fokus kepada parti politik dan tokoh politik,” katanya.

PRN Johor diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi memberi mandat baharu kepada rakyat memilih kerajaan negeri.

Kempen kini memasuki fasa penting apabila semua parti giat mendekati pengundi dengan menawarkan manifesto dan pendekatan masing-masing menjelang hari pengundian pada 11 Julai.

Berita berkaitan
PRN Johor: Amanah bidas UMNO terdesak mengemis sokongan PAS
1 jam lalu· Politik
Maszlee uji sendiri jalan Tebrau, akui ‘melambung’ naik Myvi: Bernama
1 jam lalu· Politik
Jangan alih isu, AMK mahu Onn Hafiz jelaskan janji BN dulu yang tertunggak
2 jam lalu· Politik
Selepas ‘ceraikan’ Bersatu, Hadi gesa orang Melayu mengundi pemimpin Islam pula
4 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Johor: Puad dakwa UMNO bergantung dengan kerjasama PAS untuk menang
4 jam lalu · Politik
Bersama sahut cabaran PRN Johor, di mana Wawasan bertanding? – Rafizi
7 jam lalu · Politik
DAP dakwa wujud kerjasama BN-PN di PRN Johor, undi BN dapat PAS
8 jam lalu · Politik
AMK balas dakwaan FELDA, bangkit isu halangan semasa lawatan PMX di Muar
8 jam lalu · Politik
Onn Abu Bakar garis enam tekad majukan DUN Senggarang
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok