Pilihan raya PBT: DAPSY bidas Akmal ikut cara macam PAS, semua cadangan nak tolak

February 3, 2026 · Politik

Cadangan mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dilihat mampu mewujudkan sistem semak dan imbang yang lebih sihat dalam pentadbiran tempatan, kata pemimpin muda DAP, Edmund Lim.

Menurut Penolong Setiausaha DAPSY Kebangsaan itu, pilihan raya PBT memberi peluang kepada rakyat memilih sendiri pemimpin tempatan, sekali gus meningkatkan tahap akauntabiliti kerana pemimpin perlu menjawab terus kepada pengundi.

Katanya, pemimpin yang dipilih rakyat juga lebih memahami isu setempat dan keperluan komuniti kerana kelangsungan khidmat mereka bergantung kepada sokongan penduduk setempat.

“Pemimpin tempatan akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan kerana mandat mereka datang terus daripada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Edmund juga mengkritik Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dengan menyifatkan tindak-tanduknya sama seperti PAS yang akan menentang semua cadangan dibuat oleh DAP tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya.

“Tapi nampaknya Dr (Muhamad Akmal) semakin hampir dengan cara dan pendekatan PAS, di mana apa sahaja cadangan daripada DAP akan dibantah tanpa menilai meritnya.

“Soal sama ada cadangan itu memberi manfaat kepada rakyat atau disokong oleh fakta seolah-olah tidak lagi penting, yang utama hanyalah membantah,” katanya.

Terdahulu, Akmal berikrar akan menentang cadangan mengadakan pilihan raya bagi jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Edmund menegaskan isu ini bukan sekadar soal sistem pentadbiran, tetapi melibatkan prinsip kepimpinan yang dipilih rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Apa sahaja cadangan sepatutnya dinilai berdasarkan manfaat kepada rakyat dan fakta, bukan semata-mata kerana siapa yang mencadangkannya,” katanya.

Pilihan raya kerajaan tempatan pernah dilaksanakan di Malaysia sebelum dimansuhkan pada 1960-an atas faktor keselamatan dan pentadbiran.

Sejak itu, Datuk Bandar dan ahli majlis PBT dilantik oleh kerajaan negeri atau persekutuan.

Namun kebelakangan ini, cadangan menghidupkan semula pilihan raya tersebut kembali menjadi perbincangan dalam usaha memperkukuh demokrasi di peringkat akar umbi.

Berita berkaitan
BN masih runding, keputusan kerjasama tunggu selepas mesyuarat SPR: Zahid
October 4, 2026· Politik
PRN Melaka: Amanah masih buka ruang kerjasama, tunggu ‘jodoh’ politik
October 4, 2026· Politik
PRN Melaka: Johari ingatkan parti politik jaga kestabilan
October 4, 2026· Politik
PH sedia solo jika tiada kerjasama di Melaka: Amirudin
October 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Chean Chung sertai parti Rafizi selepas letak jawatan MP Petaling Jaya
8 jam lalu · Politik
MYEG digantung bukan isu politik: Loke
9 jam lalu · Politik
Lee Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya disahkan kosong
9 jam lalu · Politik
PN cabar RoS di mahkamah, mahu kepastian sebelum PRN Melaka
9 jam lalu · Politik
Loke kekal pendirian berundur selepas Najib pulang ke rumah
October 4, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok