PKR beri ruang Nurul Izzah sambung pengajian, tiada had masa: Fuziah

3 jam lalu · Politik

PKR tidak menetapkan tempoh tertentu bagi Nurul Izzah Anwar untuk bercuti daripada tugas sebagai Timbalan Presiden parti, sebaliknya beliau akan kembali menjalankan tanggungjawab itu apabila sudah bersedia.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata keputusan itu dibuat susulan hasrat Nurul Izzah untuk menyambung pengajian lanjutan selepas mengambil keputusan mengundurkan diri daripada tugas rasmi sebagai Timbalan Presiden.

“Setakat ini, kita tidak memberi had masa kepada Timbalan Presiden untuk bercuti kerana beliau ingin menyambung pelajaran.

“Insya-Allah, beliau akan meneruskan tugas apabila sudah bersedia,” katanya pada sidang media selepas perasmian bersama Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hari ini.

Fuziah berkata, Nurul Izzah terlebih dahulu akan menyelesaikan semua tugasan sepanjang kongres sebelum memulakan tempoh cutinya.

“Beliau akan menyelesaikan tugas sewaktu kongres, maksudnya perasmian AMK dan Wanita, kemudian dalam kongres ada penggulungan dan sebagainya.

“Selepas itu baru Timbalan Presiden akan bercuti,” katanya.

Nurul Izzah tiba di MITC kira-kira jam 8.30 pagi dan menyampaikan amanat kepada perwakilan selama hampir 30 minit. Beliau kemudian meninggalkan lokasi sekitar jam 11 pagi tanpa menemui media.

Sebelum ini, Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh memohon untuk mengundurkan diri daripada jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mengambil kira hasratnya untuk meneruskan pengajian lanjutan.

Keputusan itu dilihat sebagai langkah untuk memberi ruang kepadanya meneroka pendekatan baharu dalam bidang khidmat dan bakti tanpa terikat sepenuhnya dengan tugasan politik.

Namun, Nurul Izzah menegaskan beliau kekal sebagai anggota PKR dan akan terus menyokong perjuangan parti serta kepimpinan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Perkembangan itu berlaku ketika PKR mengadakan Kongres Nasional Wanita dan AMK 2026 di Melaka, dengan tumpuan turut diberikan kepada hala tuju kepimpinan parti serta persiapan menghadapi cabaran politik mendatang.

Berita berkaitan
Ahli datang dan pergi, PKR terus diperkukuh: AMK
August 14, 2026· Politik
Jangan biar perpecahan lemahkan PKR: Nurul Izzah
7 jam lalu· Politik
BUDI95: AMK cadang had subsidi dinaikkan semula kepada 300 liter
17 jam lalu· Isu semasa
AMK tegur politik ‘berselingkuh’ dalam Kerajaan Perpaduan
17 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Tun Faisal kritik Hadi, boleh hadir program parti tapi ponteng sesi RCI TH
August 14, 2026 · Politik
Wan Rosdy perbetul kenyataan kerjasama dengan PAS di Pahang, dakwa wujud kekeliruan
August 14, 2026 · Politik
Wanita PKR perlu bangkit, turun padang dekati pengundi: Fadhlina
3 jam lalu · Politik
RCI TH: Hadi beri alasan pembangkang keluar dewan kerana PMX tak ada
6 jam lalu · Politik
Jual ketakutan kepada orang Melayu, Mahfuz kritik corak politik PAS
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan
July 31, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok