Jangan biar perpecahan lemahkan PKR: Nurul Izzah

7 jam lalu · Politik

PKR tidak akan menjadi sebuah organisasi yang kuat jika parti mempunyai dua nakhoda atau wujud tangan ghaib yang membentuk struktur kuasa tersembunyi di sebalik kepimpinan sedia ada, kata Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata, perpecahan dalaman hanya akan menghabiskan tenaga pemimpin dan anggota parti, sedangkan tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha memenangi hati rakyat.

“Setiap jam yang kita gunakan untuk berlawan, bertelagah sesama sendiri, adalah jam yang tidak kita gunakan untuk memenangi hati rakyat,” katanya ketika merasmikan Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Muda Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hari ini.

Turut hadir Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Munim.

Nurul Izzah berkata, beliau menyampaikan pandangan itu sebagai ‘outgoing’ Timbalan Presiden dengan harapan masa depan PKR dipandu kepimpinan yang sehaluan serta mampu memberi fokus kepada agenda rakyat.

Menurutnya, kemenangan dalam pilihan raya termasuk Pilihan Raya Umum (PRU) dan pilihan raya negeri bukan sesuatu yang mudah, namun kemenangan perlu dimanfaatkan untuk membentuk budaya politik serta peluang baharu.

“Kemenangan itu juga peluang bagi melakar, memahat dan mencipta peluang, ruang serta budaya baharu,” katanya.

Beliau turut mengingatkan AMK dan Wanita PKR supaya segera memperkukuh gerak kerja bagi memenangi hati rakyat, terutama ketika negara berdepan siri pilihan raya serta desakan pihak tertentu supaya pilihan raya diadakan lebih awal.

Katanya, perpecahan dalam kalangan sayap parti tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh menjejaskan kekuatan organisasi secara keseluruhan.

“Kita perlu saling mengenali, membina dan percaya kerana perpecahan dalam kalangan sayap parti sendiri adalah sesuatu yang kita tidak boleh biarkan ia berlaku,” katanya.

Nurul Izzah turut menegaskan kepimpinan bukan sekadar soal memiliki kuasa, sebaliknya berkait rapat dengan amanah dan tanggungjawab.

“Pengaruh boleh diwarisi, malah sesebuah takhta pun mungkin boleh diwarisi, tetapi amanah tidak boleh. Ia hanya boleh dipikul,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pemimpin supaya tidak terperangkap dalam budaya hanya pandai mengkritik ketika menjadi pembangkang tetapi gagal mentadbir dengan baik selepas memperoleh kuasa.

“Mengkritik dan menjadi pembangkang memang mudah, tetapi menjadi kerajaan yang baik serta benar adalah kerja sukar kerana ia membabitkan godaan melakukan perkara salah,” katanya.

Nurul Izzah berkata, setiap pemimpin perlu kembali kepada persoalan asas apabila berdepan tekanan dan kepentingan politik, iaitu untuk siapa perjuangan itu dilakukan.

“Bukan mengenai kelicikan taktik, tetapi soalan lebih asas iaitu untuk siapa sebenarnya kita berjuang,” katanya.

Berita berkaitan
Ahli datang dan pergi, PKR terus diperkukuh: AMK
August 14, 2026· Politik
Wanita PKR perlu bangkit, turun padang dekati pengundi: Fadhlina
3 jam lalu· Politik
PKR beri ruang Nurul Izzah sambung pengajian, tiada had masa: Fuziah
3 jam lalu· Politik
Ekonomi Malaysia terus kukuh, KDNK naik 6 peratus
4 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Tun Faisal kritik Hadi, boleh hadir program parti tapi ponteng sesi RCI TH
August 14, 2026 · Politik
Wan Rosdy perbetul kenyataan kerjasama dengan PAS di Pahang, dakwa wujud kekeliruan
August 14, 2026 · Politik
RCI TH: Hadi beri alasan pembangkang keluar dewan kerana PMX tak ada
6 jam lalu · Politik
Jual ketakutan kepada orang Melayu, Mahfuz kritik corak politik PAS
7 jam lalu · Politik
AMK tegur politik ‘berselingkuh’ dalam Kerajaan Perpaduan
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan
July 31, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok