Tun Faisal kritik Hadi, boleh hadir program parti tapi ponteng sesi RCI TH

August 14, 2026 · Politik

Tun Faisal Ismail Aziz mengkritik Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana didakwa boleh menghadiri pelbagai program parti tetapi tidak hadir ke Dewan Rakyat bagi membahaskan isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).

Ketua Penerangan Bersatu itu berkata, jika benar mahu bercakap mengenai amanah, Ahli Parlimen PAS termasuk Abdul Hadi sepatutnya hadir ke Parlimen untuk mendengar, bertanya soalan, berbahas dan mengemukakan pandangan berhubung dapatan RCI Tabung Haji.

“Kalau benar mahu bercakap soal amanah, maka ‘fatwa’ dari Rusila sepatutnya mudah dan jelas. Ahli Parlimen PAS mesti hadir ke Parlimen, dengar, bertanya soalan, berbahas, memberi pandangan serta mencadangkan jalan penyelesaian terhadap dapatan RCI Tabung Haji,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Tun Faisal, tindakan tidak hadir ke Dewan Rakyat atas alasan seperti Perdana Menteri tidak hadir atau kononnya format persidangan diubah tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Beliau berkata, setiap soalan, hujah dan pandangan yang dikemukakan Ahli Parlimen direkodkan dan mempunyai nilai dalam perbahasan awam, selain boleh menjadi rujukan dalam penggubalan dasar serta undang-undang pada masa depan.

Tun Faisal turut mempersoalkan rekod kehadiran Abdul Hadi di Parlimen pada 2025 yang didakwanya hanya 16.7 peratus, dengan 65 hari tidak hadir.

“Untuk kuliah di Rusila ada masa. Untuk liqa ada masa. Untuk muktamar ada masa. Untuk retreat ada masa. Peliknya ada masalah untuk hadir mesyuarat MT PN dan Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau mempersoalkan keutamaan Abdul Hadi sebagai Ahli Parlimen Marang yang dipilih rakyat.

“Kalau boleh hadir ke pelbagai program parti dan program lain, kenapa tidak boleh hadir ke Parlimen yang menjadi amanah daripada rakyat?” katanya.

Isu ketidakhadiran Ahli Parlimen ketika sesi khas Dewan Rakyat membincangkan dapatan RCI Tabung Haji menjadi perhatian susulan perdebatan mengenai laporan siasatan terhadap pengurusan institusi berkenaan.

Tun Faisal berkata, isu Tabung Haji bukan sekadar kepentingan mana-mana parti politik, sebaliknya melibatkan wang pendeposit, kepentingan umat Islam, rakyat serta Perbendaharaan negara.

“Kalau benar mahu bercakap tentang amanah, hadirlah ke Parlimen dan tunaikan amanah,” katanya.

Berita berkaitan
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
4 jam lalu· Politik
Jangan jadi ‘imigresen’ syurga, Islam bukan milik PAS: Amanah Selangor
23 jam lalu· Politik
Bekas menteri bakal didakwa esok berhubung RCI Tabung Haji
23 jam lalu· Politik
Syarat UMNO: Adakah PAS sanggup cerai Wawasan sama seperti Bersatu?
September 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
4 jam lalu · Politik
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
4 jam lalu · Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
15 jam lalu · Politik
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
22 jam lalu · Politik
UMNO kekal hingga tamat penggal, PKR sambut baik: Saifuddin Nasution
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok