RCI TH: Hadi beri alasan pembangkang keluar dewan kerana PMX tak ada

August 14, 2026 · Politik

Abdul Hadi Awang berpandangan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim perlu hadir sendiri ke Sidang Khas Dewan Rakyat berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) bagi menjawab persoalan penting yang dibangkitkan pembangkang.

Menurut Presiden PAS, sidang khas itu tidak seharusnya sekadar menjadi sesi penerangan menteri, lebih-lebih lagi selepas Perdana Menteri sendiri menjadi antara pihak yang memanggil persidangan berkenaan.

“Kalau kita (pembangkang) hadir, kita dengar sahaja. Dia (Anwar) kena hadir, kena jawablah. Dia tidak boleh serah kepada orang lain,” katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila hari ini.

Abdul Hadi berkata, keadaan itu menyebabkan pembangkang menganggap tiada keperluan untuk menyertai sidang khas berkenaan sekiranya ia hanya bertujuan memberikan penerangan tanpa sebarang keputusan atau tindakan susulan di Parlimen.

Terdahulu, Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan ketika Sidang Khas Dewan Rakyat berkaitan RCI TH berlangsung selepas mempertikaikan status persidangan itu yang didakwa hanya mempunyai taraf penerangan menteri.

Pembangkang turut meminta sidang khas itu ditangguhkan dan diadakan pada tarikh baharu susulan ketidakhadiran Anwar atas faktor kesihatan.

Anwar dilaporkan selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif pada Isnin lalu bagi merawat hernia perut atau ‘para-umbilical hernia’.

Isu RCI TH menjadi perhatian selepas laporan siasatan berhubung pengurusan dan pelaburan institusi berkenaan dibentangkan untuk penelitian Parlimen. Perbahasan mengenai laporan itu turut mencetuskan persoalan dalam kalangan pembangkang mengenai tahap tanggungjawab kerajaan serta keperluan penjelasan secara langsung daripada pihak berkaitan.

Abdul Hadi menegaskan, kehadiran Perdana Menteri penting bagi memastikan persoalan yang timbul dapat dijawab secara terus dan tidak diserahkan kepada pihak lain.

Berita berkaitan
Loke cadang segera panggil mesyuarat Presiden PH bincang kedudukan BN
September 14, 2026· Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
6 jam lalu· Politik
PKR sokong gesaan Anwar supaya dunia bertindak terhadap Israel
17 jam lalu· Isu semasa
Anwar mahu BRICS lindungi kepentingan negara membangun
24 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Mahfuz pesan UMNO jangan goncang Kerajaan Perpaduan
September 14, 2026 · Politik
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
6 jam lalu · Politik
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
6 jam lalu · Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
16 jam lalu · Politik
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok