PKR bukan parti untuk yang merengek atau merungut: Anwar

February 7, 2026 · Politik

PKR tidak mempunyai ruang untuk pemimpin atau ahli yang hanya merungut tanpa menyumbang kepada perjuangan parti, kata Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu berkata mandat yang diberikan rakyat kepada PKR dan Pakatan Harapan bukan sekadar simbol kemenangan, sebaliknya satu amanah besar untuk bekerja demi negara.

“Mandat ini satu amanah untuk bekerja. Sanggup bekerja, kekal. Tak mahu kerja, keluar,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PKR Selangor hari ini.

Anwar menegaskan parti memerlukan ahli yang fokus membina kekuatan organisasi dan membantu kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Katanya, sikap mengeluh tanpa memberi pandangan membina hanya melemahkan perjuangan parti.

“Berleter dan merengek tak habis-habis, boleh keluar kerana kerja kita masih banyak,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan kritikan membina dialu-alukan dalam sistem demokrasi, namun ia perlu disertai usaha dan komitmen untuk memperkukuh parti.

Usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa juga perlu menjadi fokus utama semua peringkat kepimpinan parti.

Dalam ucapannya, Anwar turut menegaskan beliau tidak menilai seseorang berdasarkan jawatan atau gelaran, sebaliknya berdasarkan kesediaan mereka bekerja untuk rakyat dan negara.

“Apa yang penting ialah amanah rakyat dan usaha mempertahankan nasib mereka,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR
8 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
16 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
16 jam lalu· Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
10 jam lalu · Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
16 jam lalu · Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
16 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
October 24, 2026 · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
October 24, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok