PKR Kelantan teguh sokong Anwar, nafi ada pemimpin sertai parti Rafizi

May 26, 2026 · Politik

PKR Kelantan menyatakan kesetiaan penuh kepada Presiden parti, Anwar Ibrahim, sekali gus menafikan sebarang dakwaan pimpinan negeri itu akan menyertai Parti Bersama.

Setiausaha PKR Kelantan, Rahim Hasan berkata kesemua 14 Ketua Cabang bersama jawatankuasa cabang di negeri itu kekal utuh dan tidak berbelah bahagi dalam menyokong kepimpinan Anwar serta perjuangan parti.

Menurut beliau, sehingga kini tiada mana-mana pimpinan cabang atau ahli jawatankuasa yang mengambil keputusan meninggalkan PKR untuk menyertai parti lain.

“Parti tersebut bukan pilihan kami dan tidak sesekali akan menggugat kesetiaan kami kepada perjuangan Parti Keadilan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PKR merupakan parti teras reformasi yang ditubuhkan pada 1998 susulan pemecatan dan pemenjaraan Anwar ketika krisis politik negara.

Parti itu terus membawa agenda perubahan politik dan tadbir urus negara sehingga berjaya membentuk Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Rahim berkata, perjuangan reformasi yang dibawa PKR bukan bersifat sementara dan tidak boleh digadai hanya disebabkan perbezaan pandangan politik semasa.

“Kesetiaan kepada parti dan kepimpinan merupakan asas penting dalam memperkukuhkan perjuangan demi rakyat,” katanya.

Beliau turut memaklumkan PKR Kelantan kini memberi tumpuan kepada usaha memperkemaskan jentera parti di semua peringkat sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.

Usaha itu digerakkan di bawah kepimpinan Pengerusi PKR Kelantan, Suparadi Md Nor, dengan fokus memperkukuh sokongan akar umbi di negeri berkenaan.

Rahim berkata, semangat perjuangan dan kesatuan kepimpinan parti diyakini mampu membantu PKR terus bergerak ke hadapan dalam usaha memperluaskan pengaruh di Kelantan.

“Kami yakin dengan kesatuan saf kepimpinan, semangat perjuangan serta dokongan akar umbi yang terus kukuh, PKR Kelantan akan terus mara ke hadapan,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
Kon Yeow minta Rafizi hormati keputusan DAP
August 17, 2026· Politik
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
August 16, 2026· Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
August 16, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
8 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
12 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
13 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
13 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok