PKR terbuka terima kritikan dan teguran, Saifuddin ulas kenyataan Rafizi

July 8, 2025 · Politik

Tindakan sembilan Ahli Parlimen (MP) PKR yang mempersoalkan isu pelantikan hakim bukan suatu perkara baharu dan ia sudah menjadi budaya dalam parti, kata Saifuddin Nasution Ismail.

Bekas setiausaha agung PKR itu menyifatkan Rafizi Ramli bersama rakan-rakan MP PKR itu bersuara atas kapasiti sendiri dan tidak memberikan kesan yang boleh memudaratkan parti.

“Itu pandangan yang mereka berikan, itu saya kata sebagai satu parti bercakap dalam konteks parti, parti ini parti terbuka, pandangan yang lebih tajam daripada itu pun kita pernah terima,” katanya pada sidang media ketika menghadiri program Intan Minister’s Conversation 2025 di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Kuala Lumpur, hari ini.

Saifuddin yang kini pengarah pilihan raya PKR berkata, parti itu sentiasa menerima pandangan berbeza dan meraikan perbezaan pendapat.

“Alhamdulillah, PKR satu parti yang terbuka meraikan dan menerima perbezaan pendapat dan itu pandangan daripada backbenchers terhadap kerajaan hari ini.

“Bagi orang lain mungkin nampak ‘eh apa ni’, bagi PKR, ini parti terbuka parti yang meraikan perbezaan pendapat dan kebebasan memberikan pandangan, ‘ahlan wasahlan’, saya ucap terima kasih dan hargai pandangan mereka,” katanya.

Semalam Rafizi bersama beberapa MP PKR mendesak penubuhan suruhanjaya siasatan (RCI) dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) berhubung pelantikan dalam badan kehakiman, termasuk jawatan tertinggi dalam institusi berkenaan.

Mereka menyatakan harapan agar Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan menerima sebarang permintaan untuk menghadapi cadangan prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) berhubung isu terbabit.

Bekas menteri ekonomi itu turut menafikan percubaan untuk mendakwa campur tangan Anwar dalam pelantikan tertinggi kehakiman.

Berita berkaitan
Polis perlu perincikan peranan di stesen minyak sempadan: Saifuddin Nasution
April 13, 2026· Isu semasa
Bersedia hadapi krisis tenaga, pastikan rakyat jangan panik: Saifuddin Nasution
April 13, 2026· Isu semasa
Rafizi beri bayangan bakal ada PRK Pandan, sedia dipecat
April 11, 2026· Politik
NGO buat laporan SPRM berhubung transaksi RM500 ribu bekas menteri
April 10, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
5 jam lalu · Politik
PN kena segera lantik Ketua Pembangkang, sokong sesiapa saja calon PAS: Muhyiddin
8 jam lalu · Politik
Akmal bidas DAP Kota Melaka cadangkan isytihar darurat tangguh PRN
8 jam lalu · Politik
Puad sokong PRN Johor diadakan lebih awal, yakin UMNO-BN berpeluang cerah
8 jam lalu · Politik
Isu harga minyak: Pemuda PKR kritik kenyataan Hadi, sifatkan sekadar retorik
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok