Fahmi Fadzil melawat ke Sumud Nusantara Command Centre di Sepang hari ini.
Fahmi Fadzil, menegaskan bahawa jemputan kepada bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk menghadiri sidang kemuncak ASEAN pada tahun ini adalah peluang strategik bagi Malaysia untuk terus menyuarakan sokongan terhadap Palestin.
Menteri Komunikasi itu menjelaskan bahawa jemputan itu bukanlah semata-mata atas nama Malaysia, tetapi sebagai pengerusi ASEAN yang mewakili kesepuluh negara anggota dan satu negara tambahan.
Justeru, kedatangan Trump dilihat sebagai platform yang sesuai untuk menyampaikan mesej bersama rantau ini.
Fahmi memetik keberanian Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika berjumpa Presiden AS semasa, Joe Biden, di San Francisco sebelum ini ini sebagai contoh pendekatan berani Malaysia.
“Sewaktu PM bertemu Joe Biden, tanpa segan silu di hadapannya, PM menegaskan kepentingan untuk tidak hipokrit dalam hal Palestin,” katanya semasa melawat ke Sumud Nusantara Command Centre di Sepang hari ini.
Beliau yakin Perdana Menteri akan menggunakan peluang yang sama untuk menyampaikan usaha global menyokong Palestin kepada Trump sekiranya beliau hadir.
“Ini peluang baik untuk kita menegaskan Malaysia tidak akan berganjak dalam mempertahankan dan menyokong pembentukan negara Palestin,” ujar Fahmi.
Fahmi menekankan bahawa isu Palestin bukan sekadar isu agama, tetapi merupakan isu kemanusiaan dan hak asasi yang menyeluruh.
“Ini adalah isu hak kebebasan dan kedaulatan sebuah negara yang sepatutnya sudah lama merdeka,” tegasnya lagi.
Beliau menyatakan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan banyak negara lain dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat Palestin.
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum