Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mencadangkan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing supaya tumpukan kepada sudut pelancongan mesra Muslim.
Kerajaan Malaysia akan memberikan tumpuan khusus kepada usaha memperkukuh pelancongan mesra Muslim bagi mengekalkan kedudukan negara sebagai destinasi utama pelancongan halal dunia.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata akan meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, untuk memberi keutamaan dalam merangka program pelancongan yang mesra Muslim, ia susulan kontroversi isu sajian arak dalam satu program mempromosi baru-baru ini.
“Saya setuju perkara ini wajar diteliti, saya akan minta menteri pelancongan bagi keutamaan dari segi program pelancongan yang mesra Muslim,” kata Anwar semasa sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada cadangan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Emiryati Samsudin, yang mencadangkan lebih banyak program dilaksanakan bagi memperkukuh inisiatif berasaskan pelancongan Islam.
Anwar turut mendedahkan dalam satu mesyuarat di Bank Negara, kerajaan turut membincangkan peranan Malaysia sebagai hab ekonomi Islam yang merangkumi sektor kewangan dan pelancongan.
“Ada enam negara yang cadangkan supaya Malaysia mengepalai usaha untuk meningkatkan program instrument kewangan Islam dan ekonomi, bersama dengan pelancongan,” jelasnya sambil menambah negara seperti Turki dan Qatar telah pun melaksanakan program serupa yang menekankan penginapan mesra keluarga, aktiviti dan makanan halal.
Mengenai Pusat Pelancongan Islam (ITC) yang menjadi tumpuan, Anwar menegaskan bahawa agensi itu tidak akan dimansuhkan atau diserap ke bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).
Beliau juga memberi jaminan pelantikan Ketua Pengarah ITC yang kosong akan dilakukan dengan segera.
“Tentang pelantikan ketua pengarah ITC akan dilakukan dengan segera. Mungkin dalam satu hingga dua hari, tapi saya percaya ITC ini tidak akan dimansuhkan,” ujarnya.
Keputusan ini dilihat penting memandangkan ITC memainkan peranan signifikan dalam membantu Malaysia mencapai pengiktirafan sebagai destinasi pelancongan mesra Islam nombor satu dunia oleh Mastercard Global Muslim Travel Index sebelum ini.
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
Kewangan Islam dijangka kuasai lebih 50 peratus aset negara: Gabenor
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum