Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mendoakan kesihatan yang berpanjangan kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang sedang menerima rawatan.
“Mendoakan kesihatan yang berterusan buat Ustaz Haji Hadi, Insya-Allah,” tulisnya di laman X hari ini.
Semalam, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.
Beliau sebelum ini pernah menerima rawatan susulan di IJN dengan kali terakhir dilapor menjalani rawatan berkaitan pada 5 Januari tahun lalu.
Beliau sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali, termasuk pada 2014 dan 2021 kerana sesak nafas dan pada 2023 kerana mengalami demam.
Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum