PMX hormati keputusan mahkamah, nafi cari kekebalan peribadi

June 4, 2025 · Politik

Walaupun Mahkamah Tinggi memutuskan menolak permohonan berhubung persoalan Perlembagaan, Anwar Ibrahim berkata tetap menghormati keputusan tersebut dan akan mematuhi proses undang-undang negara.

Perdana Menteri berkata permohonan tersebut dibuat melibatkan isu Perlembagaan dan ia bukan bertujuan untuk mendapatkan kekebalan peribadi tetapi bertujuan untuk mendapatkan keadilan daripada sebarang tindakan bermotif politik.

“Petang ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan saya untuk merujuk lapan persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Isu ini tidak pernah berkaitan dengan mencari kekebalan peribadi atau mengelak dari proses undang-undang. Ia menyentuh integriti sistem Perlembagaan kita dan keperluan untuk memastikan jawatan awam tinggi dilindungi daripada litigasi yang mungkin dirancang masanya, didorong oleh motif politik, atau mengganggu institusi.

“Saya tetap beriltizam sepenuhnya dengan kedaulatan undang-undang, kebebasan mahkamah kita, dan maruah pemerintahan demokratik. Proses undang-undang akan berterusan, dan saya akan terus melaksanakan tanggungjawab tanpa gangguan atau kompromi,” kata Anwar dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Anwar untuk menangguhkan prosiding saman sivil yang difailkan Yusoff Rawther.

Dalam penghakimannya, hakim Roz Mawar Rozain menyatakan lapan persoalan perlembagaan yang dikemukakan oleh Anwar untuk dirujuk ke Mahkamah Persekutuan tidak memenuhi tahap kelayakan yang diperlukan.

Sehubungan itu, hakim memerintahkan agar perbicaraan diteruskan pada 16 Jun ini seperti yang dijadualkan.

Roz Mawar turut memerintahkan Anwar membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Yusoff – yang memulakan tindakan undang-undang tersebut pada 2021.

Menjelaskan keputusan dibuatnya, hakim berkata, dari perspektif kehakiman, persoalan yang dicadangkan pihak Anwar tidak memenuhi ambang kontroversi perlembagaan yang sepatutnya.

“Mahkamah ini mesti berpuas hati bahawa persoalan perlembagaan adalah tulen dan material kepada penyelesaian kes ini kerana Mahkamah Persekutuan bukan forum untuk pandangan nasihat spekulatif atau defensif,” katanya.

Tambah Roz Mawar, mahkamah tinggi hari ini tidak berpuas hati dengan permohonan dikemukakan justeru ia ditolak.

Berita berkaitan
Isu harga minyak: Pemuda PKR kritik kenyataan Hadi, sifatkan sekadar retorik
9 jam lalu· Politik
PMX umum peruntukan RM2 juta untuk Akademi Sepak Takraw
April 14, 2026· Isu semasa
Henti buat dakwaan palsu Malaysia hantar diesel ke Filipina: PMX
April 13, 2026· Isu semasa
Kuota matrikulasi kekal, pelajar 10A dapat laluan automatik: PMX
April 13, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
6 jam lalu · Politik
PN kena segera lantik Ketua Pembangkang, sokong sesiapa saja calon PAS: Muhyiddin
9 jam lalu · Politik
Akmal bidas DAP Kota Melaka cadangkan isytihar darurat tangguh PRN
9 jam lalu · Politik
Puad sokong PRN Johor diadakan lebih awal, yakin UMNO-BN berpeluang cerah
9 jam lalu · Politik
Speaker belum terima surat letak jawatan Ketua Pembangkang: Laporan
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok