PMX sedia perbaiki kelemahan jika ada demi kebaikan semua rakyat

July 27, 2025 · Politik

Jika terdapat kelemahan dalam kerajaan sekarang, Anwar Ibrahim menyatakan kesediaannya untuk menerima teguran dan nasihat bagi memastikan kerajaan dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Perdana Menteri mengakui tidak semua yang dilakukan kerajaan adalah sempurna namun ia bukan alasan kukuh untuk menjatuhkan hukum secara membuta-tuli.

“Kalau ada kelemahan, kita boleh perbaiki. Saya tidak kata yang kita lakukan ia ‘perfect’ (sempurna) tapi kita sentiasa dengar dan ubah suai apa yang perlu,” katanya kepada wartawan selepas menyampaikan amanat pada program Seminar Pemantapan Organisasi dan Jelajah Presiden peringkat Wilayah Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Perdana Menteri mengulas mengenai perhimpunan pembangkang semalam yang turut dihadiri kira-kira 18,000 peserta.

Anwar berkata, beliau turut menunggu sebarang cadangan penambahbaikan daripada pembangkang pada himpunan semalam, namun apa yang ada sekadar desakan untuknya mengosongkan jawatan Perdana Menteri.

“Saya dah ucap terima kasih, semua selesai dengan aman. Saya tengok isu-isu yang dibangkit, ada tak cadangan ekonomi, cadangan pendidikan, cadangan perpaduan, cadangan kestabilan negara… tak ada.

“Yang ada cuma turun Anwar. Jadi tadi saya dah turun ke Muar. Hari ini saya turun ke Wilayah (Persekutuan), minggu depan saya turun ke Kelantan,” katanya.

Anwar berkata, dakwaan yang diutarakan pelbagai pihak termasuk pemimpin pembangkang dalam himpunan di ibu negara semalam hanya mengatakan mengenai kenaikan harga minyak dan barangan keperluan asas seperti garam, yang tidak berlandaskan fakta.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara yang bebas dan demokratik, pihaknya perlu memberikan penjelasan susulan dakwaan dinyatakan pembangkang.

Justeru, Anwar menyifatkan dakwaan yang dilontarkan pada himpunan semalam sebagai sentimen politik kebencian.

“Ini hanya sentimen politik kebencian saja, dia (pemimpin pembangkang) tidak ikut fakta. Jadi kita cadangkan supaya rakyat umumnya nilai dan ikut fakta dan tengok,” katanya.

Ditanya perbandingan himpunan semalam dengan pada zaman reformasi 1999, Anwar sekadar tersenyum dan menunjukkan isyarat jari seolah-olah mengatakan ia bersaiz kecil.

Berita berkaitan
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
5 jam lalu· Politik
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
August 25, 2026· Isu semasa
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
August 25, 2026· Isu semasa
Anwar: Jadikan ajaran Rasulullah panduan hidup
August 25, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
9 jam lalu · Politik
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
13 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
13 jam lalu · Politik
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
13 jam lalu · Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok