PMX umum RM500 kepada penjawat awam, potongan 20 peratus gaji menteri disambung

October 10, 2025 · Isu semasa

Sebagai menghargai khidmat para penjawat awam, Kerajaan telah mengumumkan satu siri insentif kewangan dan penambahbaikan skim perkhidmatan, termasuk pemberian Bantuan Khas Kewangan serta kenaikan gaji untuk hakim.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk kumpulan pelantikan kontrak.

Bantuan ini akan disalurkan pada awal Mac 2026 sempena sambutan Aidilfitri.

“saya dengan ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan 500 ringgit kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“Bantuan Khas Kewangan turut diberikan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak 250 ringgit. Bantuan ini akan disalurkan pada awal Mac 2026 sempena menyambut Aidilfitri,” kata Anwar semasa membentangkan Belanjawan 2026.

Bagi mengiktiraf prestasi cemerlang penjawat awam yang telah lama berkhidmat tetapi terjejas oleh kekangan struktur perjawatan, Kerajaan bersetuju memperluas Bantuan Insentif Berasaskan Prestasi.

Pegawai yang layak akan diberikan insentif khas bersamaan dengan nilai satu Kenaikan Gaji Tahunan pada gred semasa, yang dibayar secara bulanan.

Dalam pada itu, Kerajaan turut mengambil langkah meningkatkan kelayakan akademik penjawat awam dengan menyediakan Elaun Sara Hiduk sebanyak RM900 sebulan kepada penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separa Biasiswa mulai 2026.

Jumlah penerima biasiswa separa ini juga akan ditingkatkan kepada 150 orang setahun.

Sektor kehakiman negara turut menerima perhatian, Anwar mengumumkan krajaan bersetuju menaikkan gaji hakim sehingga 30 peratus berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Sebagai menghargai khidmat para petugas agama, kerajaan juga akan menyalurkan sumbangan khas RM500 kepada kira-kira 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut.

Semua langkah ini seiring dengan pelaksanaan Fasa 2 Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan berkuat kuasa pada Januari 2026.

Anwar turut menegaskan bahawa semua anggota Jemaah Menteri akan terus membuat pemotongan 20 peratus gaji.

Berita berkaitan
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
July 27, 2026· Politik
Pendedahan RCI Tabung Haji mampu tamatkan fitnah: Mujahid
July 25, 2026· Politik
RCI Tabung Haji: PAS panik selepas PMX umum akan dedah kepada umum?
July 24, 2026· Politik
Tarif AS tidak setinggi negara lain, rundingan akan tetap diteruskan: PMX
July 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RCI Tabung Haji: Kerajaan buat keputusan Rabu ini
1 jam lalu · Isu semasa
CTPR: MCMC perkukuh kapasiti kawal selia digital Malaysia, ASEAN
1 jam lalu · Isu semasa
Jangan heret istana dalam politik : Istana Negeri Sembilan
3 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
7 jam lalu · Isu semasa
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
July 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
8 jam lalu
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok