Polis buka kertas siasatan isu tular kibar bendera regim di Kelantan

October 12, 2025 · Isu semasa

Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung insiden pengibaran bendera Israel dalam Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza yang berlangsung di Lembah Sireh, baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusuff Mamat, mengesahkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan akan mengambil keterangan daripada penganjur program berkenaan dalam masa terdekat.

“Kita akan siasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (kawalan mempamer) 1949,” tegas beliau.

Tindakan penganjur, Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia, mengibarkan bendera Israel itu telah mendapat kritikan, memandangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan.

Sebagai balasan, penganjur menjelaskan pengibaran bendera itu adalah semata-mata untuk tujuan lakonan semula atau simulasi.

Menurut kenyataan penganjur, ia bertujuan untuk melakonkan semula apa yang berlaku kepada sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), dan bendera tersebut hanya dikibarkan di atas pentas terapung bagi memberikan kefahaman yang jelas kepada para pengunjung tentang situasi sebenar.

Pengarah program, Mohd Khairul Hafiz Hassan, ketika dihubungi mengesahkan beliau telah menerima panggilan daripada pihak polis, namun enggan memberikan ulasan lanjut.

Program solidariti tersebut, yang disertai hampir 10,000 peserta dan 1,000 bot, pada asalnya bertujuan menunjukkan sokongan terhadap penduduk Gaza.

Bot-bot berkenaan berarak sejauh lapan kilometer dari Kampung Pulau Pisang ke Lembah Sireh, sambil dikibarkan bendera Palestin sebagai simbolik perpaduan.

Berita berkaitan
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
October 22, 2026· Isu semasa
RM4.3 bilion aset mafia korporat dibekukan sejak 2022: PMX
October 20, 2026· Isu semasa
PMX: Tiada campur tangan dalam siasatan Zetrix AI, FELDA
October 20, 2026· Isu semasa
SPRM panggil Nazir, isteri bantu siasatan pelaburan RM10 Juta
October 14, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
3 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
3 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
3 jam lalu · Isu semasa
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok