Isu kibar bendera Jalur Gemilang secara terbalik di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Polis telah menyerahkan lima kertas siasatan berhubung kes pemasangan bendera Jalur Gemilang secara terbalik kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk pertimbangan tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, memberitahu setakat ini enam kes telah dilaporkan di seluruh negara iaitu dua di Johor, dua di Pulau Pinang, serta masing-masing satu di Selangor dan Negeri Sembilan.
“Lima daripada kes tersebut telah diselesaikan siasatan dan diserahkan kepada AGC, manakala satu kes lagi masih dalam siasatan aktif,” jelasnya dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.
Mohd Khalid menegaskan polis mengambil serius semua insiden yang boleh menjejaskan keharmonian negara, terutamanya ketika menjelang sambutan Hari Kebangsaan.
Beliau mengingatkan orang ramai agar sentiasa menghormati undang-undang dan mengelakkan perbuatan yang boleh menggugat perpaduan nasional.
“Polis Diraja Malaysia akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bertindak di luar batas undang-undang,” tegasnya.
Dalam perkembangan lain, beliau menyaksikan majlis penyerahan empat unit kenderaan Armoured Personnel Carrier (APC) untuk Skuadron Perisai Pasukan Gerakan Am.
Kenderaan tersebut disumbangkan oleh Global Komited Sdn Bhd bagi memperkukuh keupayaan operasi pasukan keselamatan.
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri