Badrul Hisham Shaharin atau dikenali, Chegubard ditahan polis.
Polis bertindak menahan aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard hari ini berhubung ucapan semasa perhimpunan ‘Turun Anwar’ pada Sbarul
Chegubard difahamkan berdepan siasatan pihak polis atas dakwaan menghasut semasa perhimpunan tempoh hari dan peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali memaklumkan anak guamnya itu ditahan pada pukul 2.30 petang tadi.
Rafique mengecam tindakan pihak berkuasa itu dengan mendakwa ia tidak perlu kerana Badrul Hisham sudah menetapkan temu janji untuk bertemu penyiasat polis yang bertanggungjawab kesnya di Bukit Aman esok (Selasa).
“Semalam kami menerima pengesahan laporan polis telah dibuat terhadap Chegubard berhubung Himpunan Turun Anwar pada Sabtu.
“Kertas siasatan dibuka atas dakwaan kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (tingkah laku menghina), Seksyen 504 Kanun Keseksaan (menghina dengan sengaja dengan niat untuk mencetuskan pecah keamanan), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan,” katanya dalam kenyataan.
“Tangkapan dalam kes ini tidak diperlukan kerana Chegubard telah memberi akujanji untuk menghadirkan diri di Bukit Aman.
“Tindakan pihak berkuasa dan/atau arahan yang diberikan oleh pihak atasan adalah amat dikesali lebih-lebih lagi apabila tiada sebarang insiden tidak diingini semasa dan/atau susulan daripada Himpunan Turun Anwar,” tambahnya.
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia merujuk kepada kesalahan berkaitan penyalahgunaan kemudahan rangkaian, manakala Seksyen 4(1) Akta Hasutan menghukum kesalahan yang berkaitan dengan mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan.
Chegubard adalah antara pemimpin semasa perhimpunan mendesak peletakan Anwar Ibrahim di Dataran Merdeka hujung minggu lalu.
PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka
Tahanan rumah Najib ditangguh, AGC teliti isu undang-undang
Muhyiddin gesa jelaskan peraturan tahanan rumah Najib
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum