PRK: Naim sah bertanding di Kinabatangan, Ismail Ayob di DUN Lamag

December 30, 2025 · Politik

Barisan Nasional (BN) Sabah mengumumkan Mohd Ismail Ayob sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang dijadualkan berlangsung pada 24 Januari ini.

Ismail sebelum ini bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) Sabah, 29 November lalu.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Jafry Ariffin, pada Majlis Bersama Media di Bangunan UMNO Sabah di Kota Kinabalu, Selasa.

Menurut Jafry, pemilihan Ismail dibuat berdasarkan keperluan politik semasa yang menuntut pendekatan lebih inklusif dan menenangkan suasana pasca PRN-17.

Katanya, BN Sabah memilih calon perpaduan sebagai langkah strategik demi kestabilan politik negeri.

“BN Sabah akan mencalonkan Mohd Ismail Ayob sebagai calon perpaduan melalui keahlian terus Barisan Nasional. Ini adalah pendekatan berasaskan tadbir urus politik yang mengutamakan konsensus, pengurangan konflik dan kestabilan jangka panjang,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pengukuhan BN di kawasan Kinabatangan dan Lamag bukan sekadar soal menang pilihan raya, sebaliknya berkait rapat dengan keperluan memastikan agenda pembangunan rakyat dapat diteruskan tanpa gangguan politik.

“Pencalonan ini adalah usaha untuk merapatkan jurang politik dan membina kerjasama lebih menyeluruh selaras dengan semangat Kerajaan Perpaduan,” katanya lagi.

Pada majlis sama, Jafry turut mengesahkan pencalonan Mohd Naim Kurniawan Moktar sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Kinabatangan, seperti yang diumumkan sebelum ini oleh Presiden UMNO.

Dalam landskap politik yang semakin dipengaruhi sentimen pengundi muda, katanya, BN Sabah melihat Naim sebagai pemimpin pelapis yang relevan dan berupaya membawa suara rakyat di peringkat akar umbi.

“Beliau mempunyai legitimasi organisasi, diterima akar umbi dan mampu menterjemahkan aspirasi rakyat, khususnya generasi muda,” katanya.

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan pemergian penyandangnya, Bung Moktar Radin, pada 5 Disember lalu.

Pada PRN-17, Bung Moktar memenangi kerusi DUN Lamag dengan majoriti tipis 153 undi, menewaskan Mohd Ismail dalam pertandingan enam penjuru.

Berita berkaitan
Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid
9 jam lalu· Politik
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
13 jam lalu· Politik
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
14 jam lalu· Politik
PRN berasingan bukan faktor kelebihan kepada BN: Khaled
14 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
9 jam lalu · Politik
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
12 jam lalu · Politik
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
13 jam lalu · Politik
Tei terima pelawaan debat dengan bos J-KOM isu sekatan media sosial
14 jam lalu · Politik
Zahid tegur pemimpin DAP jaga lidah, hormati rakan kerjasama
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok