PRN Melaka: Johari ingatkan parti politik jaga kestabilan

October 4, 2026 · Politik

Semua parti politik perlu meletakkan kestabilan negara sebagai keutamaan dan tidak menjadikan perbezaan politik sebagai alasan untuk bermusuhan sehingga menjejaskan ekonomi Malaysia.

Naib Presiden UMNO, Johari Abdul Ghani berkata, perkembangan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu dilihat dalam kerangka lebih besar, terutama kepentingan memastikan negara kekal stabil dan diyakini pelabur.

Menurutnya, parti politik ketika ini sedang mencari rakan untuk menghadapi PRN Melaka yang tarikhnya masih belum ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau berkata, amalan demokrasi membenarkan parti membuat pelbagai pilihan politik, namun perbezaan pendirian tidak sepatutnya membawa kepada perbalahan.

“Ini ialah politik, bukan nak bergaduh. Jika nak berkawan dengan parti lain, lepas itu esok dengan parti lain dan esok lagi kembali semula kepada parti itu, itulah politik.

“Yang penting jangan bergaduh kerana perkara paling penting, negara ini mesti stabil,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Tenis Jemputan Raintree di Kelab Raintree Kuala Lumpur, hari ini.

Johari yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata, kestabilan politik penting untuk memastikan ekonomi terus berkembang, selain meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia.

“Apabila negara stabil, ekonomi boleh bergerak, pelabur boleh datang, yang sudah datang tidak mahu balik, yang belum datang akan datang.

“Mereka tengok Malaysia ialah sebuah negara yang sangat matang dari segi politik,” katanya.

Beliau berkata, kematangan politik perlu terus dipupuk meskipun berlaku perubahan dalam kepimpinan negara.

“Walaupun kita tukar Perdana Menteri tiga kali, tetapi ia masih boleh berjalan. Kita mahukan kestabilan tersebut.

“Kamu boleh buat apa yang kamu mahu, nak tuduh orang tidak betul, kamu jumpa dekat mahkamah. Tetapi kita kena kekalkan demokrasi ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Johari berharap penganjuran kejohanan sukan seperti Raintree International Invitational dapat diteruskan setiap tahun dengan penyertaan lebih ramai golongan muda.

Beliau berkata, program seperti itu bukan sahaja menggalakkan aktiviti sihat, malah dapat mendekatkan generasi muda dengan kelab dan komuniti.

“Harapan saya selepas ini perkara ini tidak terhenti. Setiap tahun patut anjurkan kejohanan seperti ini, terutama jika boleh membawa semua generasi muda untuk datang dan menikmati kemudahan di sini.

“Diharapkan suatu hari nanti mereka akan mengambil alih kepimpinan kelab ini,” katanya.

PRN Melaka dijangka menjadi medan penting untuk menguji kekuatan parti politik serta bentuk kerjasama menjelang pilihan raya negeri berkenaan, dengan rundingan antara parti masih menjadi perhatian.

Berita berkaitan
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
4 jam lalu· Politik
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
12 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PAS sedia guna lambang bulan selepas PN dibatalkan RoS
16 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN tanding 21 kerusi, DUN beri PAS tujuh
October 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
11 jam lalu · Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
11 jam lalu · Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
12 jam lalu · Politik
Abu Bakar kekal MB Perlis walaupun digantung keahlian Bersatu: Laporan
17 jam lalu · Politik
Isu mafia korporat: NGO persoal motif serangan Rafizi
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok